Hari ini kami nak berikan anda dua versi resepi sup ayam yang sangat sedap untuk anda cuba sendiri di rumah. Boleh la pilih nak buat yang mana dulu kan. Resepi sup ayam kampung dan yang kedua adalah resepi sup mamak.
Memang berbeza rasa kedua sup ini. Satu rasa ringan,masam pedas dan rempah sup bersatu, satu lagi pula rasa pekat dengan rempah sup dan sedap untuk dicicah dengan roti mahupun nasi.
Versi Pertama ini adalah hasil daripada Tuan Ben Safwan. Terima kasih di atas perkongsian resepi sup kepada kita semua.
Sebelum anda buat resepi sup ayam kampung ni,elok kita tengok sedikit tips untuk jadikan hidangan anda superbbb.
BACA DI LINK BARU : Resipi Puding Roti 3 Lapisan Best Yang Sangat Sedap Dan Mudah Dibuat
1- Basuh ayam bersih menggunakan asam limau ataupun tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir ayam yang boleh mengganggu rasa sup.
2- Goreng dulu bawang merah untuk jadikan sup ayam anda lebih beraroma dan wangi.
Bahan Resepi Sup Ayam Kampung :
Kuantiti bahan untuk 6-8 ketul ayam yang ayamnya dipotong 12 bahagian ya.
- 1 biji bawang merah saiz bola pingpong dihiris nipis.
- Bahan tumis iaitu kulit kayu manis,buah pala dan bunga lawang
- 1 batang serai diketuk
- 1 paket sup bunjut
- 1 1/2 – 2 cawan air
- 1/2 kiub ayam
- Garam gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Asam limau, hirisan cili,daun bawang dan bawang goreng.
Cara Buat Sup Ayam Sedap :
#1: Bersihkan ayam mengikut cara di atas. Ketepikan dan tos.Panaskan minyak dan goreng bawang merah hiris sampai layu dan nak garing sikit, baru sedap aroma sup.
Tumis masuk kayu manis,buah pala,bunga lawang sedikit Tambah masuk ketulan ayam kampung bersama serai yang diketuk,sup bunjut dan layurkan ayam sikit bagi kuning sikit bergaul dengan bahan tumisan.
#2: Baru tambah 1 1/2 – 2 cawan air, tutup periuk bagi ayam kampung empuk,baru letak kiub ayam 1 ketul dan perasakan garam gula cukup rasa .Keluarkan serai tadi untuk elakkan rasa berlebihan.
Untuk hidangan,potong daun bawang,lada,asam limau,daun sup,bawang goreng sikit.Nak makan baru tabur. Pehh sodap 🙂
Versi kedua ini ialah dari Puan Azimah Rahman. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi sup ayam mamak kepada kami.
Sedap untuk dibuat makan bersama dengan roti.Rasa pekat sedap dan rempah sup cukup terasa.
Bahan Resepi Sup Ayam Mamak :
- 1 ekor ayam dipotong 12
- 1 paket kecil rempah sup 25 gram *
- 2 sudu makan rempah kurma *
- 1 sudu makan serbuk kunyit *
- 1 sudu makan serbuk lada hitam *
- 2 biji bawang merah *
- 4 ulas bawang putih saiz kecil *
- 2 inci halia *
- 3 akar ketumbar – setiap satu sepanjang 3 inci *
- 4 biji buah pelaga
- 2 biji bunga lawang
- 1 kiub ayam
- Garam gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- 3 -4 cawan air
Boleh masukkan juga jika mahu :
- ubi kentang
- lobak merah
Bahan Pelengkap Hidangan Sup :
- Daun bawang/ketumbar
- Bawang goreng
Cara Buat Resepi Sup Ayam Mamak :
#1: Kisar semua bahan bertanda dan ketepikan. Tumis minyak dan masukkan buah pelaga serta bunga lawang hingga naik bau. Baru tambah masuk bahan kisar dan sambung tumis dengan api kecil hingga pecah minyak 2-3 kali .Baru sedap sup anda nanti.
Tambah masuk ubi kentang serta carrot dan ketulan ayam serta sedikit air. Tutup periuk dan biarkan ayam empuk. Baru tambahkan air ikut kepekatan sesuai anda mahu,kiub ayam.
#2: Bila sup ayam dah mendidih, perasakan garam gula ikut selera anda. Dah siap dah sup. Untuk hidang, bolehlah tambah hirisan daun ketumbar/daun bawang bersama bawang goreng.
Sedap kedua-dua sup ini dimakan bersama telur dadar dan nasi putih kan. Selamat mencuba resepi mudah ni.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom