Resepi Sup Daging Sedap Tapi Mudah Pasti Memikat Selera

235774
Memang berbaloi buat resepi sup daging guna cara macam ni.Siap ada tips untuk hasilkan sup daging yang kena pada tekak.Kalau anda suka sup daging yang sedikit pedas,tambah je hirisan cili atau makan bersama sambal belacan.berbaloi-baloi.

Salah satu kegemaran rakyat Malaysia adalah menu yang berasaskan air atau lebih dikenali dengan sup.Sebut sahaja resepi sup daging,sup ayam, sup kambing,pasti mulut mula basah terbayangkan aroma rempah dalam kuah sup yang panas.

Kali ini kami nak berikan anda resepi sup daging yang pasti memikat selera.Apa tak nya,dengan kuah sup yang beraroma ditambah dengan hirisan daun sup beserta daun bawang,pastinya sangat sesuai untuk dijadikan menu tengahari bersama keluarga.

Bahan sampingan untuk hidangan sup daging ini pastinya telur dadar yang goreng rangup,sambal belacan  dan juga ulam-ulaman.Anda boleh tengok step by step resepi sambal belacan DI SINI.

Sebagai rasa utama dalam resepi sup daging sedap ini, kami suka menggunakan daging di bahagian tulang terutama tulang leher.Air rebusan tulang yang turun semasa sup direneh menjadikan sup berperisa.Bahan rempah sup kami guna sup bunjut dan juga perencah sup siam keluaran ADABI.

Resepi sup daging ini menjadi lebih istimewa jika anda amalkan tips ini :

1. Selepas siap proses mereneh jika anda tidak menggunakan pressure cooker, terus keluarkan rempah sup bunjutnya untuk elakkan mengganggu rasa sup daging.

2. Daun bawang,bawang goreng dan juga daun sup letak bila anda hendak makan.Tak perlu letak dalam periuk sup daging nanti ianya akan lembik bila disimpan lama.

3. Rempah sup daging juga ditumis asing terlebih dahulu sebelum dicampur bersama apabila hendak merebus atau mereneh daging.

Memang berbaloi buat resepi sup daging guna cara macam ni.Siap ada tips untuk hasilkan sup daging yang kena pada tekak.Kalau anda suka sup daging yang sedikit pedas,tambah je hirisan cili atau makan bersama sambal belacan.berbaloi-baloi.

Bahan Resepi Sup Daging Simple Ini : 

  • 1 kilogram daging tulang leher
  • 2.5 liter air
  • 2 1/2 sudu makan serbuk sup Adabi
  • 1 sup bunjut Adabi
  • 1 paket perencah sup siam Adabi
  • 1 inci halia muda
  • 1 inci lengkuas
  • Rempah 3 sekawan
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah saiz 50 sen baru
  • 1 biji bawang besar
  • 2-3 batang akar daun sup/ketumbar
  • Garam/gula/serbuk perasa Hilal
  • 1 cawan air

Bahan Untuk Hidangan : 

  • Lobak jeruk
  • Daun sup/ketumbar
  • Daun bawang
  • Bawang Goreng
  • Hirisan Cili

Bahan untuk hidangan ini terpulang pada citarasa anda ya jika nak letak atau tidak.

Cara Buat Resepi Sup Daging Sedap :
.
#1: Panaskan minyak,goreng kekuningan bawang merah yang dihiris atau dimayang halus dulu.Baru masukkan rempah 3 sekawan iaitu bunga cengkih,kulit kayu manis dan juga buah pelaga bersama bawang putih yang siap diketuk.
.
#2: Tambah serbuk sup daging  dan tumis sampai pecah minyak sikit menggunakan api perlahan baru tambahkan halia yang diketuk,lengkuas diketuk,air secawan,akar batang ketumbar/sup,sup bunjut Adabi dan juga perencah sup siam Adabi.
.
Dah masak wangi sebati perencah sup daging baru perasakan dengan garam gula dan juga serbuk perasa untuk kali pertama.

Memang berbaloi buat resepi sup daging guna cara macam ni.Siap ada tips untuk hasilkan sup daging yang kena pada tekak.Kalau anda suka sup daging yang sedikit pedas,tambah je hirisan cili atau makan bersama sambal belacan.berbaloi-baloi.

#3: Angkat perencah dan masukkan ke dalam periuk yang mengadungi daging tulang leher.Tambah air 2.5 liter.Masak dengan pressure cooker 3545 minit atau reneh sup anda selama 1 jam-1 jam 30 minit jika menggunakan periuk biasa.

Dah siap mereneh baru sesuaikan rasa tambah apa perlu buat kali kedua.Siap untuk dihidangkan dah sup daging anda.

Nak makan baru masukkan hirisan cili,daun bawang,daun sup/ketumbar,bawang goreng perahan asam limau sikit.Best makan jika bahan lengkap.Selamat mencuba resepi sup daging lembu ini special dari kami.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom