Resepi Sup Ikan Merah Tak Hanyir, Best Jika Ikut Cara Ini

59610
Best sangat resepi sup ikan merah ikut cara camni. Dah la tak hanyir, sup pula pekat sedap dengan rasa masam masin dia. Tambah pula aroma bawang goreng, best

Hari ini kami mahu kongsikan resepi sup ikan merah yang tak hanyir dan sangat sedap. Kalau anda sebelum ini tak suka sup ikan , jika ikut cara seperti ini, mesti suka resepinya. Sup pekat,wangi dengan aroma daun ketumbar serta bawang goreng,cukup rasa masam masin dan dengan isi ikan yang segar.

Ada beberapa cara untuk sediakan resepi sup ikan merah ini. Ada yang gunakan rebusan air daging lepas tu disesuaikan dengan rasa untuk masukkan isi ikan agar hilang bau hanyir, kalau ikut resepi chinese, diorang suka goreng terlebih dulu isi ikan sekadar garing di luar baru dijadikan sup putih. A

Kami beri terlebih dahulu tips/cara untuk hilangkan hanyir ikan merah terutama kepala ikan. Ini penting untuk menjamin rasa sup yang power :

1- Pastikan darah pekat yang melekat pada bahagian celah isi ikan, tulang dibuang sepenuhnya.

2- Gosok isi ikan , kepala ikan dengan asam limau nipis bagi hilangkan hanyir ikan.Lepas tu basuh atas sapu tepung gandum sebelum tos bersih.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Sayur Sawi Cendawan Best.Boleh Kuruskan Badan Tau.

3- Untuk kuah yang sedap, pastikan goreng sendiri bawang merah terlebih dahulu dan gunakan minyak yang menggoreng untuk tumis. Kuah sup terhasil akan ada aroma bawang best yang tenggelamkan bau hanyir ikan.

Untuk elakkan isi ikan dalam resepi sup ikan merah ini hancur, pastikan kuah sup mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan ikan. Ok dah hadam dah tips, boleh la kita buat sup ikan power ni.

Best sangat resepi sup ikan merah ikut cara camni. Dah la tak hanyir, sup pula pekat sedap dengan rasa masam masin dia. Tambah pula aroma bawang goreng, best

Terima kasih kepada Puan Amy Aziz di atas sumbangan resepi sup ikan merah ini. Memang best sangat tengok pada rupa dia dah tahu kan. Nanti boleh la kita semua cuba cara macam ni pula.

Bahan Resepi Sup Ikan Merah :

  • 1 ketul kepala ikan merah
  • 2 paket kecil rempah sup adabi/atau 4 sudu makan
  • 1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
  • 5 tangkai cili burung diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 ulas bawang merah dihiris nipis untuk digoreng
  • 2 ulas bawang merah saiz bola pingpong *
  • 6 ulas bawang putih kecil *
  • 1/2 inci halia *
  • Minyak untuk menumis
  • Garam/gula/serbuk perasa secukupnya
  • Perahan asam limau nipis
  • 4-5 cawan air
  • 1 biji buah tomato dihiris 4
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang

Bahan yang bertanda * dikisar kasar

Cara Buat Resepi Sup Ikan Power :

#1: Bersihkan ikan merah ikut cara di atas, panaskan minyak dan goreng dulu bawang merah hingga layu.Keluarkan bawang.Kalau minyak banyak, buang sedikit dan barulah tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

Tambah masuk lada hitam tumbuk dan rempah sup. Tumis hingga pecah minyak lagi dengan api kecil. Kalau perlu,masukkan sedikit air.

#2: Bila dah pecah minyak semua, tambahkan 4 cawan air. Untuk sup ini, kita mahukan sup yang pekat. Tambah lagi asam keping, cili yang diketuk,sedikit garam,gula, bawang goreng dan serbuk perasa. Biarkan kuah sup mendidih.

Baru masukkan isi ikan dan masak lebih kurang 8-9 minit .Akhir sekali tambah hirisan tomato, daun bawang dan daun sup. Kalau tak cukup masam pada selera anda, perah sedikit asam limau. Cuba rasa dan sesuaikan rasa buat kali terkahir.

Best sangat resepi sup ikan merah ikut cara camni. Dah la tak hanyir, sup pula pekat sedap dengan rasa masam masin dia. Tambah pula aroma bawang goreng, best

Dah siap dah resepi sup ikan merah yang best ni. Tak rugi anda cuba ikut caa macam ni tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom