Resepi Sup Sayur Sawi Cendawan Best.Boleh Kuruskan Badan Tau.

99754
Resepi sup sayur diet yang sedap malah boleh bantu anda turunkan berat badan .Best kan. Guna bahan organik. Ada kami beritahu tips dan resepi penuh.

Hari ini kami mahu kongsikan resepi sup sayur sawi cendawan yang best untuk anda jadikan sebagai menu hidangan diet atau menu normal. Jangan risau, nak letak isi ayam, daging ataupun meatball pun boleh dalam sup ini. Semua terpulang kepada anda.

Resepi sup sayur ini ringkas dan sangat mudah disediakan. Hanya gunakan sawi jepun dan juga cendawan. Oh ya sawi jepun bantu kulit kekal muda. Bestnya khasiat dia ya.

Untuk yang mahu diet atau kurus, boleh sedikan resepi ini 3-4 kali seminggu. Yang bestnya sayur sawi jepun ni tahan lama bila simpan. Jadi berbaloi tak perlu nak beli baru setiap kali nak buat sup.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Kasturi Sedap Dengan Kulit Luar Rangup Best

Untuk gula dan garam, kita gunakan bahan organik ya. Boleh dapatkan gula kelapa organik di ruangan organik di Pasaraya Jusco.

Resepi sup sayur diet yang sedap malah boleh bantu anda turunkan berat badan .Best kan. Guna bahan organik. Ada kami beritahu tips dan resepi penuh.

Terima kasih kepada Puan Khairulzetti Zaini di atas resepi sup sayur ini. Beliau amalkan beberapa belas tahun dan hasilnya pada usia 39 tahun, berat badan masih kekal 45 kilogram walau anak 4. Woww sangat !Memang boleh amalkan untuk yang mahu berdiet. Rugi tak cuba.

Bahan Resepi Sup Sayur Sawi :

Bahan A :

  • 4-5 ulas bawang putih tumbok pecah
    ( khasiat: bakar lemak + buang kolestrol )
  • 2 biji cili api hijau tumbuk pecah
    ( khasiat: bakar lemak )
  • 2 batang serai diketuk ( khasiat: awet muda + membakar lemak + membantu sistem pencernaan + membuang angin dlm badan )
  • 1 sudu besar minyak jagung

Bahan B : 

  • 100gm isi ayam potong halus
    ( rendam dengan tepung gandum selama 1/2 jam bg hilang lendir ayam ) + rendaman ke 2 rendam dgn air garam 10 minit then cuci bersih nak buang kesan ubat antibiotics dicucuk pd ayam )
    1.5L air tapis

Bahan C : 

  • 1 batang sawi jepun
  • 5-6 keping cendawan tiram (khasiat: awet muda )
  • Gula Kelapa perang ORGANIC secukup rasa
  • Garam Bukit Himalaya (pink) secukup rasa

Cara Buat Resepi Sup Sayur Mudah Dan Sedap :

#1: Panaskan periuk dan tambah minyak jagung. Tumis bahan A sehingga kekuningan.Masukkan isi ayam.Gaul sehingga separuh masak dan barulah masukkan air. Tunggu hingga mendidih.

Resepi sup sayur diet yang sedap malah boleh bantu anda turunkan berat badan .Best kan. Guna bahan organik. Ada kami beritahu tips dan resepi penuh.

Kemudian masukkan cendawan tiram dan masak hingga lembut dan masukkan sawi.Terus tutup api.Sawi akan masak layu sendiri dengan haba masakan tadi.Bila dah suam sikit baru masukkan garam dan gula organik secukup rasa. Amalkan sup kurus ini 4 -5 kali seminggu dan buat selama 3 bulan. Insyaallah banyak hasil yang boleh anda peroleh kan nanti.

Selamat mencuba sup sayur yang best ni.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom