Resepi Sup Siam Daging Best Sebijik Sama Di Kedai Masakan Panas

130475
Kami berikan resepi sup siam daging yang sedap dimakan dan dihirup, Memang sesuai lah dengan musim sekarang, Jom cuba jom.Nak guna daging, tulang ,ekor boleh je

Dikala musim hujan waktu artikel resepi sup siam daging ini ditulis, memang kena pada masanya. Waktu hujan camni badan menjadi sejuk, perlukan sesuatu yang panas untuk kembalikan semula haba badan dan berikan tenaga, jadi resepi sup daging ini memang sesuai sekali.

Menu masakan panas terutamanya yang dijual di kedai masakan panas di tempat kita sememangnya berasal dari Thailand sebelum disesuai rasa dengan lidah orang tempatan. Tapi yang asas ialah pedas masam dan cukup rasa selain daripada tempoh memasak yang sekejap sahaja.

Jadi tips masak resepi sup siam daging yang boleh anda ambil tiru :

1 – Rebus terlebih dahulu daging,tulang atau bahagian lain. Kalau daging lembu , hiris melintang dari urat daging dan rebus dengan api kecil selama 30-40 minit bergantung pada jenis bahagian daging.

2 – Jangan lupakan perencah sup Siam Adabi. Ianya paling hampir , paling mudah untuk dapatkan rasa sup siam yang sedap.

BACA DI LINK BARU : Resepi Mee Kari Sedap Chinese Style. Best Bertukar Selera

3 – Pastikan anda ada daun ketumbar, daun saderi, cili , tomato kalau mahukan rasa sebenar sup siam.

Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan, salah seorang penyumbang aktif resepi kepada kami semua kerana sudi berkongsi resepi sup siam adabi yang sedap ini. Anda boleh follow  dia di Facebook.

Kami berikan resepi sup siam daging yang sedap dimakan dan dihirup, Memang sesuai lah dengan musim sekarang, Jom cuba jom.Nak guna daging, tulang ,ekor boleh je

Bahan Resepi Sup Siam Daging :

  • 500-800 gram daging lembu rebus dengan 200ml air 35-40 minit api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar. Dalam resepi ini guna daging lembu tempatan.
  • 500 ml air kosong
  • 1 1/2 pek perencah sup siam Adabi
  • 2 ulas bawang putih ketuk
  • 1 batang saderi panjang
  • 1 batang akar daun ketumbar ketuk
  • 4-5 tangkai daun ketumbar
  • 1-2 tangkai daun bawang
  • 2-3 cili Thai ketuk
  • 1/2 biji bawang Holland saiz besar
  • 2 biji tomato belah 4
  • 1 biji besar asam limau nipis
  • 3 sudu makan sos ikan
  • Garam,serbuk perasa,bawang goreng secukupnya dan kalau perlu.
  • 4 sudu makan minyak masak

Cara Buat Resepi Sup Siam Adabi :

#1: Rebus daging terlebih dahulu dan ketepikan. Dalam kuali/periuk lain, panaskan minyak. Tumis bawang putih yang diketuk,hirisan bawang Holland,lada Thai ketuk,akar daun ketumbar,2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.

Baru tambah 700 ml air ( air + air rebusan daging ) ,daging rebus,daun ketumbar,perencah,sos ikan dan baki potongan tomato. Buka api besar,tutup periuk dan didihkan.

Kami berikan resepi sup siam daging yang sedap dimakan dan dihirup, Memang sesuai lah dengan musim sekarang, Jom cuba jom.Nak guna daging, tulang ,ekor boleh je

#2: Bila renehan sup siam daging dah mendidih,perasakan ikut tekak dengan serbuk perasa,garam sikit,hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini.

Dah siap. Boleh taburkan dengn bawang goreng dan letak sambal jika mahu pedas lagi.

Fuhh sedap dimakan dengan nasi putih berganding dengan kangkung goreng, telur dadar dan ulam-ulaman kan. Hirup pun sedap. Berbaloi baloi makan.

Nak betul-betul sedap memang kena guna daun ketumbar,dan proses layukan tu kena main peranan serta api besar. Masakan panas kan. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom