Resepi Sup Telur Simple Tapi Bertambah Nasi.Best Sangat

222223
Resepi sup telur ni memang best kan bila ada fucuk, ubi kentang, lepas tu ada aroma bawang goreng. Makan pula dengan ikan goreng dan sambal, dah cukup sedap dah

Kami mahu berikan resepi sup telur diet dan ringkas yang sangat sedap. Kalau nak bertambah sedap hirup sup, anda boleh tambah fucuk, tambah cendawan kering atau cendawan tiram dan juga ubi kentang. Memang bertambah la makan nasi. Makan pula dengan ikan goreng atau sambal. Tak perlu lauk mewah pun tapi dia punya sedap lain macam.

Untuk cara penyediaan telur dalam resepi sup telur ini ada dua.

Pertama, jika anda berminat kuah sup yang cerah, yang jelas, anda boleh terlebih dahulu goreng telur separuh masak dan barulah dimasukkan ke dalam kuah sup.

Kedua, jika anda sukakan kuah yang sedikit berkeladak dengan isi telur, anda pecahkan dengan berhati-hati telur ke dalam sup yang mendidih.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Ikan Merah Tak Hanyir, Best Jika Ikut Cara Ini

Boleh pilih anda suka jenis yang mana ya.

Untuk aroma sup telur yang lagi sedap, goreng sendiri bawang merah dan gunakan minyak gorengan untuk menumis bahan hiris sup. Memang best.

Resepi sup telur ni memang best kan bila ada fucuk, ubi kentang, lepas tu ada aroma bawang goreng. Makan pula dengan ikan goreng dan sambal, dah cukup sedap dah

Bahan Resepi Sup Telur Sedap :

  • 2 biji bawang merah saiz bola pingpong*
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 1 batang saderi *
  • 2 biji ubi kentang dipotong kecil supaya cepat empuk
  • 4-5 biji telur ayam
  • Sedikit suhun & pucuk
  • 3-4 biji cendawan kering dihiris nipis
  • ½ ketul pati kiub ayam
  • Sedikit daun sup/daun bawang/daun ketumbar
  • Sedikit garam
  • 800-1000 ml air
  • Minyak untuk menumis

Cara Buat Resepi Sup Telur Istimewa :

#1: Hiris nipis-nipis bahan yang bertanda *. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan hirisan bawang goreng,halia,bawang putih terlebih dahulu dan goreng hingga kekuningan dan layu.

Kemudian barulah masukkan hirisan batang saderi dan tumis lagi hingga naik bau. Tambahkan 800 ml air dan masukkan ubi kentang. Biarkan sampai ubi kentang empuk terlebih dahulu dan masukkan cendawan kering yang telah direndam dalam air panas 20 minit dan ditoskan.

Resepi sup telur ni memang best kan bila ada fucuk, ubi kentang, lepas tu ada aroma bawang goreng. Makan pula dengan ikan goreng dan sambal, dah cukup sedap dah

#2: Biarkan masak dan barulah tambahkan sayur fucuk dan suhun yang siap direndam juga.Tambah garam, kiub pati ayam dan akhir sekali masukkan telur ikut cara yang anda suka seperti di atas.

Sama ada nak goreng dulu atau masukkan terus. Kalau suka pedas, masukkan cili burung yang diketuk.

Untuk hidangan.tabur daun sup, daun bawang dan nak lagi sedap,makan dengan sambal kicap. Terbaik.Kalau suka perahan asam limau nipis, boleh juga masukkan sikit.

Senang je kan resepi sup telur menarik ni. Rugi anda tak cuba. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom