Resepi Talam Durian Licin Best Dengan Rahsia Penjual Kuih Talam

32505
Kami berikan resepi talam durian dengan tips hebat untuk anda buat. Memang sedap danjadi cantik talam durian jika anda ikut tips yang diberikan .Sedap

Memandangkan sekarang musim durian, jadi kami berikan anda resepi talam durian istimewa dengan tips hebat untuk anda cuba sendiri dirumah. Memang sedap bagi penggemar durian. Kalau nak tambah banyak lagi isi durian pun boleh.Tiada masalah.

Nak dapatkan resepi talam durian yang permukaan licin , ada tipsnya yang perlu anda buat. Senang je tipsnya.

1-Masak bahan lapisan atas dan bawah dengan  sehingga naik wap. Maksud naik wap ialah anda masak dengan api kecil,sentiasa kacau dan bila nampak mula memekat serta terasa panas di permukaan,cukup.Tutup api dan kukus. Kalau dah berketul sikit, jangan risau. Ambil whisk dan whiskanbagi rata.

2- Untuk bagi lekat lapisan bawah dengan atas, bila lapisan bawah talam siap dikukus, cakar dengan garpu permukaan bawah. Ini akan lekatkan dua permukaan.  Gunakan juga plastik tahan panas untuk lapik di bahagian loyang untuk mudah keluarkan talam anda nanti.

3- Balut penutup pengukus untuk elak air menitik ke atas permukaan talam durian ni. Lepas dah siap kukus lapisan atas, buka penutup dan kukus lagi 5-8 minit untuk keringkan air di lapisan atas jika ada.

BACA DI LINK BARU : Resepi Ayam Masak Sos Tiram Dengan Air Kelapa. Best Sangat

Tips dan rahsia ini boleh amal untuk semua jenis talam. Ini yang penentu jadikan talam anda cantik berbeza dengan orang lain.

Kami berikan resepi talam durian dengan tips hebat untuk anda buat. Memang sedap danjadi cantik talam durian jika anda ikut tips yang diberikan .Sedap

Bahan Resepi Talam Durian Sedap :

Lapisan Bawah :

  • 275 gram tepung beras
  • 40 gram tepung ubi
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 300 ml santan
  • 700ml air

Lapisan Atas Resepi Talam Durian :

  • 175 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung jagung
  • 8 gram tepung hong kwee
  • 230 gram gula
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200 ml santan pekat
  • Sedikit pewarna kuning
  • 200 gram isi durian diblend dengan 1650ml air.

Cara Masak Resepi Talam Durian :

#1: Panaskan pengukus hingga air mendidih.Sambil tu, masukkan semua bahan lapisan bawah dalam periuk, kacau dan barubuka dengan api sederhana kecil. Sentiasa kacau ikut tips di atas, bila naik wap, tutupapi. Masukkan dalam loyang 12×12 yang dialas dengan plastik, kukus 17 minit.

Dah masak cakar dengan garpu lapisan ini.

#2: Sambil mengukus tadi, siapkan lapisan atas. Sama juga, masukkan dalam periuk semua bahan, kacau sebati dan masak hingga naik wap. Tutup api dan tuang perlahan ke lapisan bawah talam melalui senduk kayu. Biar rata dan sambung kukus selama 17 minit lagi.Buka penutup kukus dan tambahkan5 minit lagi untuk dapatkan permukaan talam durian yang cantik.

Kami berikan resepi talam durian dengan tips hebat untuk anda buat. Memang sedap danjadi cantik talam durian jika anda ikut tips yang diberikan .Sedap

Dah siap dah resepi talam durian yang cantik. Bukan sahaja sedap tapi geram tengok nya kan. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom