Resepi Tart Nenas Dengan Topping Keju

17655
Resepi tart nenas keju dengan tips untuk dapatkan doh lembut dan masa pembakaran selama 20 minit pastinya menghasilkan tart nenas keju yang sempurna.
Resepi tart nenas keju dengan tips untuk dapatkan doh lembut dan masa pembakaran selama 20 minit pastinya menghasilkan tart nenas keju yang sempurna.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua  . Resepi Tart Nenas yang dihiasi dengan keju cheddar parut di atas topping semestinya membuka selera kepada mereka yang kali pertama mencubanya. Keju cair yang disaluti dengan sapuan keemasan kuning telur pastinya membuat rasa terliur bagi penggemar tart. Apa yang lebih penting, tart nenas tidak gebu di luar tapi cair di dalam mulut.

Bagi akak yang mahu mendapatkan hasil yang setanding dengan rasa dan rupa, digalakkan akak membaca 7 Tips Dari Pakar Untuk Hasilkan Biskut Yang Lazat terlebih dahulu untuk betul-betul membantu akak memahirkan diri dalam pembuatan resepi tart nenas ini. Bahan -bahan yang diperlukan adalah ringkas dan mudah didapati  di pasaraya berdekatan . Dengan resepi lengkap, semoga akak mencubanya dan berpuas hati.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti yang dinyatakan . akak dinasihatkan untuk menyukat timbangan untuk hasil yang lazat. 300 gram tepung gandum , 175 gram butter . Butter adalah berbeza dengan margerin dan mentega. Penggunaan butter di didalam resepi ini adalah untuk dapatkan kerangupan di dalam mulut dimana jika akak menggunakan margerin, tart nenas dengan topping keju tidak berbau harum . Untuk mentega pula, tart nenas akak menjadi gebu tetapi mudah pecah dari awal lagi sebelum sampai ke dalam mulut. 1 sudu kecil esen vanila30 gram gula kastor , 2 biji kuning telur bergred B . Elakkan Gred A di dalam pembuatan biskut kerana biskut akan lembab dan lembik . 100 gram keju cheddar yang diparut. Keju cheddar lebih sesuai digunakan sebagai topping kerana teksturnya yang keras dan tidak mudah cair . Untuk filling atau inti, sebagai pemudah cara, akak dapatkan sahaja jem nenas di pasaraya – pasaraya berhampiran.

Untuk hiasan sapuan topping , akak perlukan 2 biji telur kuning dan sedikit parutan keju cheddar .

Cara membuat tart nenas dengan keju ini , dinasihatkan akak mengikut dengan sempurna kerana resepi yang kami sediakan adalah lengkap .

Pertama , dengan menggunakan hand mixer, tetapkan kelajuan pada paling minima dan pukul butter dengan gula kastor sehingga sebati dan tiada biji-biji gula di dalam adunan. Selepas semuanya sebati, masukkan kuning telur sebiji  demi sebiji serta keju parut tadi , esen vanila dan kacau pada kelajuan minima

Kedua , apabila semua sebati, masukkan tepung secara sedikit demi sedikit dan kacau menggunakan spatula kayu. Jika doh sedikit lembik , masukkan sedikit lagi tepung gandum sehingga doh menjadi rata dan lembut. TIPS DOH TERBAIK – WRAP DOH DAN SIMPAN DALAM PETI AIS SEMALAMAN memudahkan doh dibentuk dan semakin lembut .

Ketiga, ambil sedikit doh dan mula leperkan/ratakan  , masukkan satu sudu kecil jem nenas dan bentukkan menjadi bebola . TIPS – JANGAN BIARKAN DOH YANG BELUM DIGUNAKAN DI TEMPAT TERBUKA . IANYA MUDAH MENJADI KERAS KERANA MENYERAP UDARA  

Keempat , doh yang siap disusun menajdi bentuk bebola tadi disapukan kuning telur pada permukaan atas dan ditaburkan sedikit parutan keju cheddar.

Kelima , bakar tart nenas dengan topping keju pada suhu 170’C selama 20-23 minit . Biasanya , suhu dan tempoh pembakaran sedikit berbeza mengikut jenis oven akak, TIPS – TOLAK TART NENAS PADA MINIT KE 18 , JIKA IANYA TERTOLAK KE BELAKANG, SUDAH MASAK DENGAN SEMPURNA

Resepi tart nenas keju dengan tips untuk dapatkan doh lembut dan masa pembakaran selama 20 minit pastinya menghasilkan tart nenas keju yang sempurna.
Resepi tart nenas keju dengan tips untuk dapatkan doh lembut dan masa pembakaran selama 20 minit pastinya menghasilkan tart nenas keju yang sempurna.

Kami yakin dengan resepi tart nenas dan keju cheddar ini  beserta dengan tips, akak pasti mendapatkan hasil yang sempurna dengan izinNYA jua.

Sila berkongsi dengan kawan-kawan jika akak rasa ini resepi terbaik dan lengkap .
Untuk lihat lagi Koleksi Resepi Biskut Raya 2015 , akak boleh klik di sini :
Resepi Biskut Raya 2015 dimana kami sediakan setakat ini, almond london , biskut buah kana, biskut cornflakes madu , biskut dahlia rangup. 

Atau akak klik sahaja tag di bawah . Terima kasih kerana mengunjungi laman web kami .