Resepi Tart Nenas Gulung Cair Dalam Mulut Menggoda Di Hari Raya

130909
Kalau nak rasa resepi tart nenas gulung yang premium, kami cadangkan anda cuba resepibiskut raya ni .Memang berbaloi kesedapannya. Ikut je tips kami beri.

Bila sebut resepi tart nenas , terus terbayang keenakkan biskut raya yang ni kan.Dengan rasa tart yang cair dalam mulut dan diilengkapkan pula dengan manis masam jem nenas, memang sungguh mengasyikkan.Tak perasan masuk mulut satu persatu.

Untuk resepi tart nenas ni, anda boleh tentukan sendiri tahap kegebuan tart iaitu dengan menentukan kuantiti butter atau marjerin yang digunakan dalam doh.

Jika anda suka tart nenas yang rangup –  guna marjerin sahaja.
Jika anda suka tart nenas yang rangup dan gebu – campurkan sukatan marjerin dan juga butter.
Jika anda suka tart nenas yang gebu mencair dalam mulut – gunakan unsalt butter sahaja.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

Ini adalah formula untuk hasilkan resepi tart nenas ikut selera anda. Untuk inti tart nenas pula, sama ada anda nak buat sendiri jem nenas atau terus beli di bakeri jem nenas yang telah siap. Jika nak beli, beli yang jenis premium ya untuk rasa yang berbaloi.

Kalau nak rasa resepi tart nenas gulung yang premium, kami cadangkan anda cuba resepibiskut raya ni .Memang berbaloi kesedapannya. Ikut je tips kami beri.

Untuk resepi tart nenas kali ini, ianya menggunakan jem nenas yang telah siap dibeli.Sekarang mudah kan.Banyak pilihan yang ada.

Bahan Resepi Tart Nenas Istimewa :

Bahan A :

  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan membukit tepung kastard
  • 2 sudu makan membukit tepung jagung

Tepung jagung berfungsi untuk rangupkan kulit tart. Ayak 3 bahan ini supaya sebati.

Bahan B :

  • 250 gram unsalt pure butter. Boleh diubah suai seperti kami beritahu di atas.
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 2-3 titik pewarna kuning jika mahu

Bahan Sapuan Atas Tart :

  • 2 biji kuning telur
  • 1-2 titik pewarna kuning jika mahu
  • 1 sudu makan susu pekat manis

Cara Penyediaan Resepi Tart Nenas Cair Di Dalam Mulut :

#1: Ayak bahan A dan ketepikan. Dalam bekas asing, masukkan semua bahan B dan kacau dengan senduk kayu supaya sebati sahaja.  Pastikan butter anda pada suhu bilik. Tak perlu kacau lama ya. Masukkan bahan tepung tadi dan uli sedikit demi sedikit hingga membentuk doh yang cantik dan lembut.

#2: Masukkan adunan doh tart nenas yang siap diuli dalam acuan tekan atau acuan bunga ikut pilihan, lepas tu gentel jem nenas ikut saiz sesuai. Masukkan atas adunan yang siap ditekan. Lepas tu gulung tart nenas dan susun dalam dulang pembakar.

Kalau anda buat tart nenas gulung, panjang setiap satu tart sebelum digulung adalah sekitar 4 cm sahaja.

Kalau nak rasa resepi tart nenas gulung yang premium, kami cadangkan anda cuba resepibiskut raya ni .Memang berbaloi kesedapannya. Ikut je tips kami beri.

#3: Panaskan oven sementara anda buat tart nenas tu pda suhu 170’C selama 10 minit. Tart nenas yang siap disusun atas dulang pembakar, anda sapu pula kuning telur dengan dicampur pewarna dan susu pekat manis.Cukup berus pada lapisan atas sahaja.

Bakar biskut tart nenas anda pada suhu 165-170’C ikutoven masing-masing selama 25 minit guna api atas bawah. Sejukkan seketika sebelum disusun dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba resepi tart nenas gulung istimewa untuk hari raya anda nanti.