Resepi Tart Telur Gergasi Yang Rasanya Sungguh Sedap.Tips Lengkap.

18911

Bila jalan-jalan dalam mall, biasanya akan ternampak kedai menjual tart kan.Nampak sedap sangat dengan warna kuning keemasannya dan filling yangmenggiurkan.Tapi jangan risau, hari ini kami mahu berikan resepi tart telur yang amat menarik dan sedap untuk anda .

Untuk saiz , anda boleh tentukan sendiri dengan guna acuan tart anda yang ada.Jika ada saiz kecil dan banyak , maka banyak la bilangan hasil tart telur yang anda perolehi.

Resepi tart telur yang ni memang rangup pada bahagian luarannya walaupun guna resepi tart shell yang sangat simple dan senang untuk anda sediakan. Kami suka guna marjerin jenama Planta untuk dapatkan kulit tart yang rangup.Telur pula gunakan dalam size A.

Terima kasih kepada Puan Syazwani Awang atas sumbangan resepi tart telur ini. Untuk anda yang mahu menempah, boleh ke fb beliau.

BACA DI LINK BARU : Resepi Nasi Minyak Dengan Ayam Masak Merah Dan Daging Masak Hitam

Bahan Resepi Tart Telur Untuk Kulit/Shell Tart :

  • 500 gram marjerin jenama Planta atau pilihan
  • 100 gram gula halus
  • 2 biji telur size A
  • 1 kilogram gandum
  • 1 sudu teh  esen vanilla

Kalau anda nak buat sedikit, boleh la bahagi dua adunan untuk di atas ya.

Cara Penyediaan Shell Tart :

#1: Satukan semua bahan di atas kecuali gandum.Guna senduk kayu sahaja atau anda boleh guna mixer.Kacau sebati. Baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan hingga jadi doh dan tak melekat di tangan.

Kalau doh masih lembik, tambah lagi tepung sikit-sikit sampailah tak melekat di tangan.Masukkan doh dalam acuan tart dan tekan
serta ratakan ke seluruh acuan dengan kemas. 

#2: Oh ya untuk tart telur anda tak perlu cucuk dengan garpu.Nanti berlubang dan bocor bila anda nak masukkan filling nanti. Bakar selama 20 minit guna api atas bawah pada suhu 175’C- 180’C ikut oven anda. Jangan terlalu garing ya.

Sementara bakar tu, jom kita tengok resepi untuk filling tart nya.

Bahan Resepi Filling Tart Telur :

  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur saiz A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 4 sudu makan gula putih

Kalau anda buat separuh adunan shell tart tadi, yang filling pun bahagi dua sukatannya.

Cara Penyediaan Resepi Tart Telur Untuk Inti / Fillingnya

#1: Masukkan  semua bahan dalam bekas dan kacau hingga tepung kastard tak berketul dan sebati. Barulah tapis masukkan ke dalam shell tart yang siap dibakar tadi.

#2: Bakar sekali lagi pada suhu 150’C – 160’C dalam masa 20 minit atau sehinga masak guna api atas bawah.

Memang terbaik resepi tart telur gergasi ni.Memang rugi kalau anda tak cuba sebab senang je buat dia tau. Untuk filling lain , anda boleh tengok resepi tart yang kami sediakan.</>

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? 

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom