Resepi Taufu Fa Pasar Malam Yang Sedap Sangat Untuk Dicuba

22500
Kami beri resepi taufu fa yang dijual di pasar malam tu dengan tips untuk anda cuba. Ini bukan cara ekspress yang guna agar-agar ya. Sedap sangat taufu fa.

Memandangkan ramai yang mencari resepi taufu fa asli yang dijual di pasar malam, maka hari ini siap la satu artikel penuh mengenai resepi kegemaran ramai ini. Oh ya ini bukan  yang ekspres guna agar-agar tali dan juga air soya kotak ya.Ini segar dari kacang soya.

Tapi bagi mereka yang mahukan cara cepat dan tak kisah sangat pasal rasa yang seakan puding, boleh je guna resepi taufu fa ekspress tu.

Bagi resepi taufu fa asli , bahan yang paling penting dalam pembuatannya adalah agen pembeku yang dikenali sebagai serbuk GDL atau serbuk sekko. Tapi serbuk sekko susah didapati. Jadi boleh dapatkan tepung GDL di kedai bakeri. Ianya adalah serbuk putih dan guna sikit sahaja dalam pembuatan taufu fa ini.

Memandangkan sekarang musim panas, kalau dapat hirup taufu fa bersama air gula merah ni dna letak seketul dua ais, memang terbaik la kan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Marjerin Marble Bakar Dalam Periuk Biasa Sahaja. Takde Oven Takde Hal

Kami beri resepi taufu fa yang dijual di pasar malam tu dengan tips untuk anda cuba. Ini bukan cara ekspress yang guna agar-agar ya. Sedap sangat taufu fa.

Bahan Resepi Taufu Fa Pasar Malam : 

  • 300 gram kacang soya
  • 2.5 liter air
  • 2 helai daun pandan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk GDL (glucono delta lactone)

Bahan Air Gula

  • 1 cawan gula perang
  • 2 cawan air
  • Sehelai daun pandan disimpul

Cara Penyediaan Resepi Taufu Fa Sedap :

#1: Rendam kacang soya selama 5 – 6 jam dan basuh bersih. Kisar kacang soya bersama air dari 2.5liter. Kemudian tapis hasil kacang soya yang dikisar menggunakan kain kasa putih atau penapis. Tambahkan semua baki air.

Masukkan air soya yang 2.5liter ini ke  dalam Periuk A. Ambil 2 cawan air soya ini dan masukkan ke dalam bekas bersama tepung jagung dan juga serbuk GDL.Kacau sebati dan pindahkan masuk kedalam periuk/bekas besar daripada Periuk A sebab nanti kita akan pindahkan air soya ke bekas ini.Kami panggil Bekas B.

Kami beri resepi taufu fa yang dijual di pasar malam tu dengan tips untuk anda cuba. Ini bukan cara ekspress yang guna agar-agar ya. Sedap sangat taufu fa.

#2: Air soya dalam Periuk A dimasak bersama 2 helai daun pandan simpul dengan api besar dan sentiasa kacau untuk elak air soya berkerak di bahagian bawah. Kacau hingga mendidih dan membuih ke atas barulah tutup api.

Tuang air soya ini ke dalam Bekas B dan ingat jangan kacau.Tuang sahaja sampai habis dan buang buih yang terdapat dalamnya.Buang semua ya.

Tunggu selama sejam untuk ianya mengeras.Sementara tu boleh la masak air gula perang untuk dimakan bersama nanti.Caranya senang, masukkan semua bahan dan sampai mendidih.

#3: Nak makan, ambiki taufu fa yang siap tu lepas tu campur dengan air gula dan masukkan ais jika mahu. Sedap betul makan panas-panas ni.

Dah siap dah resepi taufu fa yang dijual di pasar malam tu.Baru best tekstur dan rasa dia kan. Ingat kita guna dua periuk ya.Baca cara penyediaan dengan jelas untuk hasil taufu fa yang terbaik.