Resepi Tauhu Begedil Dengan Sambal Kicap Power. Mudah Tapi Berbaloi Sedap

639592
Sekali buat resepi tauhu begedil yang kami beri ni, confirm melekat menjadi resepi kegemarna bagi tauhu. Siap dengan sambal kicap power kami beri.

Teringin nak mencuba resepi tauhu begedil yang lengkap isinya dengan lauk kegemaran lepas tu cicah pula dengan sambal kicap. Buat sendiri jauh lagi sedap berbanding dibeli di pasarr malam.Manakan tidak , kalau buat sendiri isi ayam lebih kurang nak sama dengan kentang. Tu yang membuka selera tu.

Lagipun kalau buat sendiri , kebersihan bekalan tauhu tu lebih terjamin. Kenapa kami cakap macam tu ?

Ada segelintir penjual yang hanya guna tauhu yang dibungkus tanpa jenama, tanpa tanda halal, tanpa sebarang pengenalan produk yang banyak dijual di pasaraya kecil. Jadi kebersihan tauhu dan tempat pemprosean diragui.

BACA DI LINK BARU : Cara Mudah Untuk Hasilkan Tepung Goreng Pisang Yang Rangup

Jadi kami sarankan kalau anda nak buat resepi tauhu begedil ni, pilih tauhu yang dibungkus cantik siap dengan logo halal Jakim dan juga penerangan ya.Baru kita tahu ianya dihasilkan dalam kilang yang bersih dan menepati syarak.

Untuk gandingan sempurna sebagai sos pencicah tauhu begedil ni, kami sarankan anda buat sambal kicap power yang siap kami sertakan ni. Berbaloi baloi.

Tips untuk buat sambal kicap sedap,pastikan goreng dulu cili dan bawang sehingga nampak layu. Bukanlah goreng dengan minyak yang banyak tapi sedikit sahaja. Untuk bagi layu dan seterusnya hilangkan bau mentah bawang serta rasa pijar cili yang boleh buatkan sambal kicap menjadi tidak sedap.

Terima kasih kepada Puan Sekin Orchid di atas sumbangan resepi untuk kita semua.

Sekali buat resepi tauhu begedil yang kami beri ni, confirm melekat menjadi resepi kegemarna bagi tauhu. Siap dengan sambal kicap power kami beri.

Bahan Resepi Tauhu Begedil Sedap :

Kuantiti untuk  8-10 biji tauhu.

  • 8 biji tauhu
  • 2 biji kentang saiz sederhan
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana
  • 50 gram isi  ayam kisar atau daging kisar
  • Sedikit daun sup
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Celupan :

  • Telur dan sedikit garam

Cara Penyediaan Resepi Tauhu Begedil :

#1: Panaskan air hingga mendidih dan masukkan kentang.Rebus hingga empuk. Dah empuk kupas dan lenyek hingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bawang tumbuk atau kisar hingga kekuningan.Masukkan isi ayam dan biar hingga masak.Barulah masukkan kentang yang dilenyek tadi dengan hirisan daun sup.Perasakan secukupnya.

#2: Keluarkan isi tauhu selepas dibelah X atau dibelah empat.Isi tauhu boleh diketepikan atau dimasukkan sekali dalam inti tadi. Isikan inti ke dalam tauhu.

#3: Panaskan minyak untuk menggoreng. Kuanti banyak sedikit  hingga tenggelam tauhu. Celup tauhu ke dalam campuan adunan telur dan garam yang dipukul. Goreng dengan api sederhana hingga masak. Sekejap je gorengnya. Jangan goreng banyak sekaligus ya.

Dah siap resepi tauhu begedilnya, kita ke sambal kicap pula ya.

Sekali buat resepi tauhu begedil yang kami beri ni, confirm melekat menjadi resepi kegemarna bagi tauhu. Siap dengan sambal kicap power kami beri.

Bahan Resepi Sambal Kicap :

  • 10 cili api hijau/merah
  • 1 cili api besar
  • 3 ulas bawang putih kecil
  • Kicap pekat manis Jalen
  • Garam gula serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan Sambal Kicap Power :

#1: Goreng dulu cili dengan bawang putih hingga layu.Guna sikit je minyak. Biarkan layu. Barulah kisar hancur keduanya. Gunakan air sedikit dengan kicap ya.

#2: Masak semula bahan kisar atas dapur dengan api sederhana kecil hingga mendidih. Nak tambah air nak tambah kicap boleh.Ikut kepekatan anda mahu. Perasakan ikut selera anda.

Dah siap dah resepi tauhu begedil dengan sambal kicapnya. Sedap makan satu keluarga.Selamat mencuba. </>