Resepi Tauhu Telur Masak Sup 2 Versi Best Anda Kena Cuba

20763
Kami berikan dua versi resepi tauhu telur masak sup yang sangat sedap. Anda boleh pilih ikut selera untuk cuba versi yang mana satu. Sedap tau kalau belum cuba

Hari ini kami nak kongsi 2 resepi tauhu telur masak sup yang boleh anda cuba di rumah. Mungkin anda tak pernah makan tauhu telur sebab tak tahu cara masak kan. Tapi jangan bimbang. Lepas ni dah pandai dah masak tauhu telur ini.

Ramai yang takut beli tauhu telur sebab ianya mudah hancur ketika dibuka. Puncanya adalah buka daripada hujung plastik dan ditolak keluar. Tauhu telur ini lembut dan anda tak boleh guna cara seperti itu.

Cara yang betul buka tauhu telur ialah potong pada garisan hitam putus-putus pada bahagian tengah sehingga habis dan barulah dikeluarkan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sidut Sedut Masak Lemak Kelantan Best Dan Senang Sangat

Salah satu tips elakkan tauhu telur mudah hancur ialah sebelum masak apa-apa hidangan,goreng sekejap bersama tepung atau tanpa tepung. Ini untuk keraskan sedikit tekstur tauhu telur.

Dah banyak tips kan. Jom kita tengok Versi 1 Resepi Tauhu Telur Masak Sup Ini.

Terima kasih kepada Puan Shahlizawati Rahman Shah atas sumbangan resepi sup tauhu telur kepada kita semua.

Bahan Resepi Tauhu Telur Sedap :

  • 3-4 pek tauhu telur potong bulat
  • Sedikit tepung jagung

Salur tauhu telur dan goreng seketika dalam minyak untuk keraskan tekstur tauhu.

  • 2 biji bwng merah saiz 20 sen dihiris
  • 4 ulas bawang putih diketuk dan cincang
  • 2 hiris kecil halia dicincang
  • 4 tangkai cili padi diketuk
  • 1 biji telur
  • Isi ayam atau lauk pilihan anda seperti udang,sotong
  • 1 sudu teh meggi cukup rasa
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh tepung jagung dengan sedikit air
  • Sayur pilihan jika suka – dalam ni tak letak sebab anak tak makan sayur
  • Garam gula,serbuk lada hitam secukupnya

Cara Buat Sup Tauhu Telur Versi 1 :

#1: Tadi dah siap goreng tauhu telur kan. Ketepikan.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah,bawang putih serta halia sehingga layu dan naik bau.Tambah masuk isi ayam atau lauk pilihan serta cili padu. Biarkan masak.

Tambah 1 cawan air dan biarkan mendidih. Barulah pecahkan telur dan godak/kacau kuat. Tambah masuk tauhu telur yang digoreng tadi. Besarkan api.

Kami berikan dua versi resepi tauhu telur masak sup yang sangat sedap. Anda boleh pilih ikut selera untuk cuba versi yang mana satu. Sedap tau kalau belum cuba

#2: Tambah masuk sayur jika suka dan bancuhan tepung jagung. Kecilkan api dan perasakan dengan serbuk perasa dan garam gula ikut selera. Kalau anda suka serbuk lada hitam,boleh letak sikit.

Dah siap dah Versi 1 resepi sup tauhu telur. Sedap dimakan bersama nasi dan ikan,ayam goreng.

Versi 2 tauhu telur sup berbeza sedikit dengan di atas dari segi penggunaan bahan seperti sos tiram,cendawan. Jadi kalau nak kelainan rasa,kena cuba dua-dua tau.

Terima kasih kepada Puan Salina Ismail di atas sumbangan resepi tauhu telur masak sup ini.

Bahan Resepi Sup Tauhu Telur :

  • 1 pek tauhu telur dipotong dan goreng dengan minyak yang panas tanpa salutan tepung.
  • 1 ulas bawang putih saiz besar dicincang
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 biji telur ayam
  • 2/3 cawan air
  • Isi ayam,lauk pilihan secukupnya
  • Sayuran seperi cendawan,lobak merah
  • 1/2 sudu teh tepung ubi dibancuh dengan sedikit ai
  • Daun bawang dihiris
  • Garam,gula,serbuk perasa,serbuk lada hitam secukupnya

Cara Buat Resepi Tauhu Telur Sup Sedap :

#1: Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam sedikit dan barkan masak.

Tambah masuk sos tiram,air dan lobak merah. Bila dah mendidih masukkan cendawan dan perasakan ikut selera. Tuang masuk bancuhan tepung dalam kuah dan sentiasa kacau hingga kuah memekat.

#2: Barulah masukkan tauhu telur yang siap digoreng dan perlahankan api. Tuang telur yang dah dipukul secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti bertali.

Kami berikan dua versi resepi tauhu telur masak sup yang sangat sedap. Anda boleh pilih ikut selera untuk cuba versi yang mana satu. Sedap tau kalau belum cuba

Akhir sekali baru tabur daun bawang. Dah siap dah.

Yang mana jadi pilihan resepi tauhu telur masak sup ? Nanti boleh anda cuba di rumah ya. Best. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom