Resepi Telur Bungkus Jauh Lebih Menyelerakan Daripada Order Di Kedai

2042
Nak cuba buat resepi telur bungkus tapi takur telur pecah atau tak sedap ? Ikut je resepi dan tips istimewa kami beri ni.Pasti sedap rasa masakan anda

Bila bercakap mengenai resepi telur bungkus, banyak pengalaman yang tak seronok bila order di kedai makan. Antaranya yang utama paling banyak dalam isi telur bungkus adalah sayur campur frozen dengan hirisan bawang besar, ,nak cari lauk kena kuis-kuis disebalik ini semua.

Walaupun faham restoran pun mahukan keuntungan , sekurang-kurangnya bila tawarkan menu resepi telur bungkus, biarlah padan dengan harga yang kita membayarnya kan.

Tapi takpe,istimewa untuk anda hari ini, kami bukan sahaja nak berikan resepi telur ini tapi dengan tips sekali. Yang mana bila anda cuba buat pertama kali tetap berpuas hati dengan hasilnya.

1- Untuk dapatkan lapisan telur bungkus yang cantik dan ketebalan sama rata, gunakan kualit rata daripada jenis non stick. Ini untuk elak telur tebal di bahagian tengah dan melekat pada permukaan kuali.Gunakan juga sudip kayu untuk elak permukaan non stick daripada tercalar jika anda guna sudip besi.

BACA DI LINK BARU : Nasi Goreng Simple Sama Seperti Hasil Air Tangan Emak Zaman Kecik

2- Untuk sayur pilihan  resepi telur bungkus ini, anda boleh guna sayur yang siap dijual dalam bentuk frozen. Yang ada hirisan dadu lobak merah, isi jagung dan juga kacang peas kan. Tapi kalau takde dan nak guna hirisan tomato bersama hirisan bawang besar pun tak de masalah.

3 – Untuk cara telangkupkan telur bungkus yang telah siap, senang je. Selepas tutup api, telangkupkan pinggan plastik pada atas permukaan telur bungkus.

Nak cuba buat resepi telur bungkus tapi takur telur pecah atau tak sedap ? Ikut je resepi dan tips istimewa kami beri ni.Pasti sedap rasa masakan anda

Terbalikkan kuali dengan cepat dan berhati.Jadi di atas pinggan anda akan dapat permukaan bawah telur dalam kuali akan jadi permukaan atas di dalam pinggan.

Untuk pilihan lauk resepi telur bungkus, ianya terpulang sama ada anda mahu guna isi ayam sahaja atau pilihan seafood seperti udang atau sotong ya.

Bahan Resepi Telur Bungkus :

Bahan Lapisan Telur Bungkus :

  • 2 biji telur ayam
  • Secubit garam

Bahan Inti Telur Bungkus Sedap :

  • Isi ayam potong kecil
  • Lauk pilihan lain yangs esuai dengan kuantiti
  • 2 ulas bwg putih cincang
  • 1/3 biji bawang besar  dipotong dadu
  • Sedikit lobak merha dipotong dadu
  • 1/3 biji tomato dipotong dadu dibuang bahagian lembik ditengahnya
  • Sedikit  hirisan cili merah
  • 2 sudu makan sos cili jenama Maggi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sedikit air dan perasa jika perlu
  • Minyak untuk menumis

Kalau nak cepat boleh je guna vege mix seperti yang dinyatakan di bahagian atas ea.

Cara Penyediaan Resepi Telur Bungkus Senang :

#1: Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang hingga naik bau.Masukkan isi ayam atau daging yang dipotong kecil supaya cepat masak. Biarkan masak seketika

#2: Tambah sos cili bersama sos tiram dengan sedikit air sahaja.Masukkan sayur yang keras dahulu seperti lobak merah dan juga bawang besar. Biarkan inti telur bungkus ini masak .

#3: Barulah tambah sayuran lain dan sesuaikan rasa.Tutup api dan ketepikan dulu inti telur bungkus.Pecahkan telur dan kacau sebati bersama secubit garam dalam mangkok

Nak cuba buat resepi telur bungkus tapi takur telur pecah atau tak sedap ? Ikut je resepi dan tips istimewa kami beri ni.Pasti sedap rasa masakan anda

Panaskan kuali rata non stick dan sedikit minyak lebih kurang 3-4 titis. Lenggangkan telur tadi biar sama rata dan masak dengan api sederhana. Jangan guna kualit terlalu besar nanti lapisan telur nya nipis dan mudah koyak.

#4: Bila telur dah masak baru masukkan isi telur bungkus tadi. Lipas bahagian tepi menjadi bentuk segi empat. Tutup api dan telangkupkan pinggan.Terbalikkan kuali dan siaplah resepi telur bungkus istimewa yang memuaskan hati.

Senang je kan bila tips dan resepi yang kami beri ini lengkap dan ditambah baik. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom