Resepi Temosa Ikan Best.Bentuk Acuan Disertakan Sekali

24097
Boleh la cuba resepi temosa ikan ini.Ganti karipap dan samosa ikan. Sedap sangat sebab kulit dia rangup. Nak beli acuan temosa pun ada kami berikan .Lengkap .

Sedapnya tengok resepi temosa ikan in dalam artikel resepi kali ini. Bentuk yang lepas digoreng menggerutu. Tapi menggerutu bukan sebarang menggerutu, itu tanda kulitnya rangup dan menjadi.

Pasti ramai yang ingin mengetahui di mana hendak membeli acuan kuihnya. Jangan risau.

Pergi ke Shopee dan anda taip acuan temosa atau taip acuan karipap segitiga. Insyaallah ada hasil yang dipaparnya. Murah sahaja dalam anggaran RM 7-8 je.

Boleh la cuba resepi temosa ikan ini.Ganti karipap dan samosa ikan. Sedap sangat sebab kulit dia rangup. Nak beli acuan temosa pun ada kami berikan .Lengkap .

BACA DI LINK BARU : Resepi Puding Susu Lumut Sirap Ros Sedap Dan Best.Mudahnya Buat.

Resepi temosa ini adalah dalam keluarga karipap dan juga samosa. Bahan yang digunakan ada berkait dan lebih kurang sama sahaja kecuali sedikit perbezaan dari segi inti dan juga bentuk.

Terima kasih kepada Puan Su Rieya di atas sumbangan resepi temosa ikan yang begitu menyelerakan. Boleh la kami semua mencubanya.

Bahan Resepi Temosa Ikan :

Bahan Resepi Inti ikan :

  • 1 kilogram ikan selayang / lolong. Direbus dan ambil isi sahaja.
  • 1 biji kelapa parut lapisan putih sahaja
  • 7 batang serai sederhana
  • 3 labu bawang merah besar melebihi saiz bola pingpong
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Garam,gula dan ajinomoto secukup rasa

Cara Buat Inti Ikan Temosa :

#1: Kisar serai,bawang putih,bawang merah besar dan halia hingga lumat dengan sedikit air. Kemudian masukkan dalam kuali tanpa sebarang minyak dan masak hingga mendidih bahan kisar. Barulah masukkan isi ikan. Kacau sebati dan tambahkan pula kelapa parut dengan sedikit air.

Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa/aji. Masak hingga adunan kering. Ketepikan. Guna api sederhana kecil sahaja ya.

Bahan Resepi Kulit :

  • 1 kilogram tepung gandum
  • 100 gm minyak masak
  • 1 gelas air + ais biarkan sekejap sehingga ais cair
  • Sedikit air garam

Cara Buat Resepi Temosa Ikan :

#1: Panaskan minyak seketika dan campurkan masuk ke dalam bekas yang mengandungi tepung gandum. Gaul rata dengan senduk kayu.

Tambah air garam. Kacau sebati dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga menjadi doh. Kalau air tak cukup, tambah sedikit air.

Boleh la cuba resepi temosa ikan ini.Ganti karipap dan samosa ikan. Sedap sangat sebab kulit dia rangup. Nak beli acuan temosa pun ada kami berikan .Lengkap .

Dah siap uli, tutup doh dengan plastik wrap atau tuala basah untuk elakkan doh kering. Ambil doh sedikit dan canai ikut ketebalan yang sesuai.

Letak kulit doh yang siap dicanai dalam acuan segitiga. Isikan inti lebih kurang 1 1/2 sudu makan dan tutup rapat untuk hasilkan doh yang siap.

Boleh panaskan minyak dan goreng temosa yang siap dibuat, Untuk buat resepi temosa ikan frozen, goreng 1/3 masak dan angkat. Simpan dalam plastik di dalam freezer.

Siap artikel resepi lengkap. Nanti boleh la anda cuba resepi temosa ikan ini. Sedap.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom