Resepi Tepung Bungkus Warisan Air Tangan Nenek.Best Sangat

4353
Kami berikan resepi tepung bungkus inti kelapa yang sangat tradisional cara pembuatanya bagi dapatkan hasil yang anda boleh berpuas hati dengan kesedapan kuih .

Hari ini kami mahu kongsikan resepi tepung bungkus inti kelapa.Aduh sedap makan rasa tepung yang dikukus lembut dengan inti kelapa yang dibalut dengan tepung beras kan. Tambah-tambah lagi kita balut dalam daun pisang. Aroma wangi dia lain macam best. Ini resepi kuih tradisional yang kami cuba pelihara dan biarkan generas ke depan boleh buat dan nikamti kuih ini.

Untuk dapatkan resepi tepung bungkus yang menarik dan sama seperti zaman dahulu, anda perlu ikut tips mudah ini.

1- Untuk inti kelapa, bila dah masak hingga hampir kering selepas dicampurkan dengan tepung gandum bagi tujuan untuk memekatkan inti, kita akan balut pula dengan adunan tepung beras. Kenapa ?

Untuk elakkan apabila dikukus, inti akan berair lembik dan pecah keluar. Jadi bila dikukus dengan balutan tepung beras, ianya tersimpan rapi.

2- Untuk membungkus menggunakan daun pisang, layurkan dahulu sedikit dan sapu dengan minyak masak. Barulah senang untuk dilipat kemas dan cantik sebelum proses mengukus.

3- Untuk inti, seeloknya dibuat semalaman lebih awal untuk biarkan lagi kering. Contoh nya buat malam, balut dan masuk peti.Esok barulah sambung.Tips berguna ni.

Kami berikan resepi tepung bungkus inti kelapa yang sangat tradisional cara pembuatanya bagi dapatkan hasil yang anda boleh berpuas hati dengan kesedapan kuih .

BACA DI LINK BARU :Lompat Tikam Kelantan Istimewa Versi Pekat Dan Lembut. Bestnya.

Bahan tepung bungkus ini sangat senang, tapi kalau tidak diikut betul, ianya akan jadi lembik, tak cantik serta tak licin.

Bahan Resepi Inti Kelapa Tepung Bungkus :

  • 250 gram kelapa parut
  • 50 ml air
  • 2 tongkol kecil gula melaka
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 cawan tepung beras + air secukupnya

Cara Buat Inti :

#1: Masukkan air dan panaskan. Masukkan daun pandan beserta gula melaka. Biarkan ianya larut sebati barulah masukkan kelapa parut tadi. Gaul sebati dan masukkan tepung gandum.Tujuan bagi pekatkan inti. Masak hingga hampir kering. Tutup api.

Bancuh tepung beras dengan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat ditangan. Leperkan doh serta masukkan inti. Tutup rapat dan simpan dalam peti. Pagi esok boleh buat siap dah tepung bungkus ni.

Kami berikan resepi tepung bungkus inti kelapa yang sangat tradisional cara pembuatanya bagi dapatkan hasil yang anda boleh berpuas hati dengan kesedapan kuih .

Bahan Resepi Tepung Bungkus :

  • 400 ml santan pekat
  • 100 ml air
  • 3 senduk makan tepung beras
  • 1 sudu teh garam

Cara Buat Resepi Tepung Bungkus Inti Kelapa :

#1: Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sebati dulu. Baru letak atas api dan kacau dengan api sederhana. Bila dah mula memekat, kecilkan api dan kacau lagi hingga mula berketul.

Letakkan satu sudu makan atas daun pisang yang dah dilayur serta dilap dengan minyak. Buat leperkan adunan lepas tu letak inti kelapa yang siap dibalut tu. Barulah tambahkan lagi sedikit adunan untuk lagi cantik elok. Lipat hujung kiri dan kanan.

#2: Sambil melipat tu, kukuskan pengukus. Dah siap lipat, kukus dalam 15-20 minit dan kuih tepung bungkus anda telah siap cantik elok untuk dimakan.hee.

Selamat mencuba resepi kuih tradisi ini. Best sangat. Fav kami.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom