Dulu, saya selalu ikut emak menyiapkan lauk kenduri orang kampung seperti gulai kawah,resepi teresek ayam,ayam percik yang biasanya dibuat secara bergotong royong.Cuma sekarang, banyak katering sebab kekangan masa dan semangat kejiranan yang semakin kurang kan.
Antara lauk yang popular di Kelantan mestilah gulai kawah daging, ayam percik, ayam masak merah , ikan kering, sambal bilis rangup , tauchu kelantan atau resepi teresek ayam bersama kacang panjang, acar beserta sambal.Kombinasi menu inilah yangs sering menghias meja kenduri
So hari ni saya nak bagi resepi teresek ayam.Lebih sedap menggunakan bahagian bertulang seperti kepak, kaki ,leher bersama hati dan pedal ayam.Kalau kenduri di Kelantan, sama ada teresek atau taucu akan jadi pilihan untuk setelkan bahagian di atas.
Sayur yang menjadi pilihan untuk digandingkan dengan teresek ayam ni adalah kacang panjang dengan hirisan bawang besar.Sangat serasi dan membangkit selera.
Tuk teresek ayam memang kuahnya sedikit n pekat.Style dia mcm tu.
BACA LAGI : Cara Buat Resepi Ayam Kicap Berempah Yang Pastinya Sangat Sedap
Untuk hari ni saya campur paru n ayam .Jadi terpulang anda nak masukkan apa dalam hidangan ini. Asalkan sesuai . Licin makan dengan sambal lada kami sekeluarga
Bahan-bahan Resepi Teresek Ayam
Ini untuk resepi 1 ekor ayam.Boleh bahagikan ikut kuantitiyang dimahukan
Bahan kisar
- 2-3 biji bawang merah saiz 50sen baru.
- 8-10 biji ketumbar
- 1/2 cm kunyit
- 1/2 cm lengkuas
- 2 sudu makan serbuk kari
- 2-3 biji cili kecil
Tambah air n kisar semua sehingga lumat.
Bahan lain :
- 1 ekor ayam
- 200 gram kacang panjang dipotong
- 1 labu bawang besar saiz sederhana
- 1/2 kotak santan pekat
- 1 sudu teh kerisik
- Air secukupnya
- Garam gula serbuk perasa
Jom tengok cara penyediaan resepi teresek ayam ni:
#1: Panaskan minyak n tumis bahan kisar hingga pecah minyak sikit, masukkan lauk yang anda mahu. Masak sampai air hampir kering pada api sederhana besar.
#2: Masukkan santan 1/2 kotak kecik,kerisik, gula merah hancur sikit ( saya suka sbb kaler akan cantik gelap.kalau x nak letak xpe,ganti dgn gula biasa )
#3: Kecilkan api dan masak sampai mendidih .Tambah air kalaau pekat sngat.Jangan cair jangan pekat ya.
#4: Dah cntik elok masukkan sayur kacang panjang n hirisan bawang besar. Perasakan garam / serbuk perasa .Siap sedia untuk dihidangkan.
Memang menarik dan sedap rasanya teresek ayam ni .Makan pula bersama ulam dan sambal lada.Selamat mencuba.
Jangan lupa suscribe channel You Tube kami untuk koleksi video tutorial kek,biskut,kuih dan masakan menarik yang lengkap. Cuba tengok resepi pilihan lain di bawah,senang kan</>
Video Pilihan : Ikan Tongkol Masak Merah