Resepi Tiramisu Biskut Marie Cheesekut Best. Tanpa Nescafe

8609
Sedapnya resepi tiramisu biskut marie cheese leleh ni. Jarang-jarang makan takpe kan. Melimpah cheese dia. Buat 1-2 bekas makan dengan penuh keseronokkan.hee

Kami kongsikan lagi resepi tiramisu biskut marie cheese leleh. Sedap sangat dan mudah disediakan.Lepas tu letakkan dalam petisejuk sekitar 2-3 jam, barulah dikeluarkan dan makan. Sejuk je rasa kepingan biskut bercampur cheese masuk ke dalam tekak.

Apa yang anda perlu tahu supaya resepi cheesekut tiramisu ini lebih sedap ?

1- Oleh sebab kita tak gunakan serbuk nescafe, pilih biskut marie berperisa coffee. Sebelum masukkan ke dalam bekas untuk melapis, celupkan ke dalam susu segar 2-3 saat untuk lembikkan sedikit. Barulah disusun ke dalam bekas.

2- Untuk dapatkan rasa cheese leleh tanpa muak, jangan banyakkan biskut bagi setiap lapisan. Cukup 4 keping setiap lapisan dan tabur serbuk koko bagi setiap lapisan selepas curahkan adunan cheese leleh.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Pandan Cheese Melimpah.Best Sangat Dan Mudah Buat

3- Guna bekas yang ngam-ngam muat 4 keping biskut bagi bolehkan adunan cheese dapat dijimatkan bagi setiap lapisan dan bolehkan lapisan menjadi tinggi.

4- Kalau anda nak keluarkan cheesekut , sebelum melapis, masukkan plastik di dasar bekas. Barulah teruskan seperti biasa. Nanti senang nak keluarkan cheeseku untuk dipotong. Kalau tak nak potong, makan pakai sudu je. Tak perlu alas plastik.

5- Serbuk koko yang best , tak rasa pahit adalah daripada jenama Van Houten. Sedikit mahal tapi sedap sangat.Kalau nak buat makan sendiri,guna yang ni.

Banyak dah tips lengkap resepi tiramisu biskut marie cheesekut kami berikan ni. Boleh dah cuba nanti.

Terima kasih kepada Puan Nur Haziqah di atas perkongsian resepi tiramisu cheesekiut yang sedap ini. Senang je nak buatnya, boleh kita semua mencuba kalau dah lapar. Hee.

Sedapnya resepi tiramisu biskut marie cheese leleh ni. Jarang-jarang makan takpe kan. Melimpah cheese dia. Buat 1-2 bekas makan dengan penuh keseronokkan.hee

Bahan Resepi Tiramisu Biskut Marie Cheesekut :

  • 250 gram cream cheese Tartura
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan susu segar
  • Serbuk koko secukupnya
  • Biskut marie perasa coffee
  • Susu segar utk celup biskut

Cara Buat Resepi Tiramisu Biskut Marie Cheesekut Tanpa Nescafe :

#1: Dalam bekas, satukan cream sheese, susu pekat dan susu segar. Mixerkan sehingga semua sebati dan sedikit pekat. Ketepikan.

Siapkan bekas untuk melapis dan susu segar untuk mencelup biskut. Ambil sekeping biskut dan celup 2-3 saat ke dalam susu segar, susun ke dalam bekas hingga cukup 4 keping, tuang adunan cheese leleh sehingga menutupi biskut, serta letak serbuk koko.

Teruskan langkah ini sehingga selesai. Tak kira berapa lapisan yang anda mahukan.

Sedapnya resepi tiramisu biskut marie cheese leleh ni. Jarang-jarang makan takpe kan. Melimpah cheese dia. Buat 1-2 bekas makan dengan penuh keseronokkan.hee

Dah siap semua, masukkan dalam peti ais di tempat biasa selama 2-3 jam. Barulah boleh dikeluarkan dan siap dimakan.

Mudah kan buat cheesekut tiramisu ni kan. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom