Kami nak berikan Resepi Triple Chocolate Mousse Cake oleh Mr Ali ini. Tak nak tulis panjang sebab beri laluan pada tips dan resepi yang perlu anda ikut bebetul untuk dapat hasil terbaik.
Terima kasih kepada Tuan Muhammad Ali atas sumbangan resepi ini. Ianya menggunkan loyang 7 atau loyang 8 inci yang dari jenis loose.
BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Minyak Kukus Best Sebab Sangat Lembut. Senang Buat
Maksudnya loyang boleh dibuka dari tepi bila kek dah keras.
Pantang dalam pembuatan resepi triple chocolate mousse cake ini ialah putar whipping cream sampai kental dan jangan masukkan coklat sewaktu panas-panas. Pegang pantang larang ini dan semuanya akan menjadi muda.

Bahan Resepi Triple Chocolate Mousse Cake :
- 60 gram butter yang dicairkan
- 160 gram oreo yang telah dihancurkan
- 300 gram whipping cream dairy
- 150 gram dark chocolate
- 2 sudu makan serbuk koko
- 300 gram whipping cream dairy
- 100 dark chocolate
- 200 gram whipping cream dairy
- 2 sudu makan gula icing
- ]1 sudu kecil vanila essen
Cara Buat Resepi Triple Chocolate Mousse Cake :
#1: Gaulkan 60 gram butter yg dicairkan bersama 160 gram oreo yang telah dihancurkan.
Bila dah sebati mampatkan dalam loyang 7 atau 8 inci.Letak dalam chiller sementara buat lapisan yang seterusnya
LAPISAN KEDUA : DARK CHOCOLATE MOUSSE
#1: Cairkan dengan kaedah double boil @ pakai microwave 150 gram dark chocolate. Cairkan sahaja. tak perlu masuk apa2. Dah cair tutup api dan ketepikan. Bagi dia suam dalam 15 minit.
Sementara tu putar 300 gram whipping cream dairy. Nak lagi sedap & hasil cantik pakailah Whipping cream anchor.
Putar sampai kental. Ini penting kalau tak kental nanti tak menjadi kek hampa tau. Rujuk gambar & tips2 sebelum ni.
Masukkan whipping cream yg dh diputar tadi dengan dark chocolate yg kita dah cairkan tadi. Boleh pakai spatula dan kaup balik je. ATAU pakai mixer pun boleh. Asalkan jangan overbeat
Then masukkan
– 2 sudu makan serbuk koko. Gaulkan lagi sampai semua sebati
Dah sebati masukkan dalam loyang atas oreo crumbs tadi ya.Sejukkan kejap sementara kita buat layer yg ketiga
LAPISAN KETIGA : LIGHT DARK CHOCOLATE MOUSSE
#1: Sama sahaja cara dia. Cairkan dengan kaedah double boil @ pakai microwave 100 dark chocolate. Cairkan sahaja. tak perlu masuk apa2. Dah cair tutup api dan ketepikan. Bagi dia suam dalam 15 minit
Sementara tu putar 300 gram whipping cream dairy.Putar sampai kental. Ini penting kalau tak kental nanti tak menjadi kek hampa tau.
Masukkan whipping cream yg dh diputar tadi dengan dark chocolate yg kita dah cairkan tadi.
Boleh pakai spatula Kaup balik je. ATAU pakai mixer pun boleh. Asalkan jangan overbeat
Dah sebati masukkan dalam loyang atas dark chocolate mousse tadi ya.Sejukkan kejap sementara kita buat layer yg keempat

LAPISAN KEEMPAT : VANILLA MOUSSE
#1: Putar 200 gram whipping cream dairy + 2 sudu makan gula icing + 1 sudu kecil vanilla essen.Putar sampai kental. Putar dalam bekas kecik je senang nk kembang sbb kuantiti dia x banyak sgt
Dah kental masukkan dalam loyang atas light dark chocolate tadi
Sejukkan semalaman dalam chiller
Dah semalaman baru la tabur serbuk koko. Pakai penapis tuu. Baru halus serbuk koko tu.
Taraa dh siap. Nampak mcm pakai gelatin kan tapi x pun. Tahan sejam kat suhu bilik. Wajib simpan dalam chiller.
Rasa dia: Pahit2 sikit sebab serbuk coklat dan disulami dengan rasa ringgam vanila, light, dark choc mousse then barulah manis2 oreo crumbs tu.
Perfect & sejuk di tekak. Yg pasti anda akan nak lagi & lagi.
Tips: nk senang cairkan siap2 dark chocolate tu. Bahagikan dua bekas siap-siap.
JANGAN MASUKKAN CAIRAN COKLAT MASA DIA TENGAH PANAS KEDALAM WHIPPED CREAM. HABIS JAHANAM NANTI


Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom