Resepi Waffle Lembut Best. Rugi Tak Buat Untuk Sarapan Anak

16877
Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap

Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat atau peanut boleh kenyangkan perut pada waktu pagi.

Sekarang mudah dan murah dah kalau anda nak cari alat pembakar waffle. Masuk sahaja ke laman Shopee atau Lazada, taip pembakar waffle dan akan keluarlah.Antara yang paling elok ialah daripada jenama Trio. Harga pun mampu milik dah.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Pisang Gebu Best Pakai Blender Aje Tauuuu

Tak hangit ke bakar waffle ni ? Sama macam alat pembakar roti, bila tiba waktu masak, lampu akan bertukar dan anda boleh buka alat pembakar. Untuk elakkan waffle melekat, setiap kalu sebelum bakar, kita sapu minyak dengan berus atau tisu. Cukup sekadar lengserkan untuk bagi waffle tidak melekat.

Terima kasih kepada Puan Yahaya Alia di atas sumbangan resepi waffle ini.Memang lembut dan sedap hasilnya. Rugi kalau tak cuba.

Bahan Resepi Waffle Sedap :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan minyak masak/butter cair
  • 2 biji telur & esen vanilla
  • 2 sudu makan susu tepung
  • 3 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1/4 sudu teh baking soda

Gunakan cawan penyukat seperti dalam gambar.Anda boleh dapatkan di kedai bakeri berhampiran.

Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap

Untuk susu tepung, anda bleh guna susu tepung Nespray atau apa-apa susu tepung yang difikirkan sesuai.

Cara Buat Resepi Waffle Lembut :

#1: Pastikan telur sudah dibasuh bersih dan kemudian pecahkan dalam bekas pengisar makanan. Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan pukul menggunakan hand mixer. Pakai blender pun boleh.

Pukul cukup sekadar sebati dan kembang sedikit. Lepas itu rehatkan adunan selama 10-15 minit. Kalau anda nak buat bekal waffle untuk anak ke sekolah, boleh buat pada waktu malam dan masukkan adunan ke dalam peti.

#2: Cara untuk masak waffle ialah, sapukan butter pada acuan yang telah panas guna berus atau tisu.Masukkan adunan sekitar satu senduk dan tutup alat pembakar waffle.

Resepi waffle sukatan cawan ini sangat mudah dan lembut untuk anda buat makan sarapan pagi. Waflle yang disapu dengan nutella, strawberi, coklat memang sedap

Bila masak, boleh lah dibuka dan disapu dengan nuttela,jem strawberi, peanut atau apa-apa kesukaan anda sebelum dilipat cantik

Dah siap dah resepi waffle mudah. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom