Resipi Agar Agar Santan Kelapa Muda Best Dan Mudah

17708
Pernah tak anda buat resipi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.

Pernah tak anda buat resipi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas diletakkan isi kelapa muda.Dengar pun dah terliur.

Jangan risau. Kami berikan khas untuk anda cuba hari ini. Senang dan mudah bila ada tips dan resepi lengkap kan.

Untuk dapatkan hasil yang menarik, kami beri beberapa tips untuk anda cuba dalam resipi agar agar ini.

1: Pastikan air mendidih dan jangan campurkan apa-apa bahan selain daripada agar-agar bertali itu dulu. Kacau dan masakkan hingga semua agar-agar bertali hancur sebati bersama air barulah masukkan bahan lain seperti gula dan santan.

2: Untuk dapatkan hasil agar-agar santan yang menarik dan sekata, pastikan anda tapis dulu sukatan pada peringkat akhir sekali sebelum sejuk bekukan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Biskut Tart Nenas Rangup Dengan Rasa Kelapa Dan Tanpa Telur

Penggunaan agar-agar bertali lebih sedap hasilnya daripada menggunakan agar agar serbuk. Jadi kami sarankan anda cuba agar agar bertali. Mudah dicari di pasaraya besar atau kedai runcit.

Terima kasih kepada Puan Asmiera Cik As kerana sudi berkongsi resipi agar agar santan kelapa muda ni. Boleh terus kita buat sempenan di bulan puasa.

Pernah tak anda buat resipi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.

Bahan Resipi Agar Agar Santan Sedap :

Lapisan Bawah :

  • 1/2 pek agar-agar tali ( 6 gram )
  • 6 sudu makan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 300 ml santan pekat
  • 300 ml air

Cara Buat Lapisan Bawah Agar Agar :

#1: Dalam periuk, masukkan air dan didihkan. Bila dah mendidih,baru letak agar agar tali.Kacau dan biarkan hingga betu;-betul hancur. Baru tambah masuk gula bersama garam.

Tutup api bila sebati dan suamkan. Baru tambahkan santan dan kacau manja.Tuang dalam bekas adunan lapisan bawah dan biar membeku sekitar 30 minit. Kita teruskan membuat lapisan atas.

Pernah tak anda buat resipi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.

Bahan Lapisan Atas :

  • 10 helai daun panda dikisar bersama 1/2 cawan air dan ditapis.Ambil jusnya.
  • 2 biji isi kelapa muda
  • 4-6 sudu makan gula
  • 1/2 agar agar tali ( 6 gram )
  • 350 ml air

Cara Buat Lapisan Atas Resipi Agar Agar Santan Mudah :

#1: Didihkan air dalam periuk hingga berbuih.Masukkan agar-agar tali dan kacau hingga betul-betul sebati. Baru tambahkan jus pandan,gula dan kacau sebati. Tutup api dan suamkan.

Lorek dengan garpu permukaan lapisan bawah yang mulai membeku tadi. Tujuan dilorek untuk bolehkan dua lapisan bercantum elok dan tidak pecah bila diangkat.

#2: Susun isi kelapa muda di atas permukaan lapisan bawah.Baru tuangkan adunan lapisan atas yang suam tadi.

Biarkan di luar sekitar 30 minit dan masukkan dalam peti untuk mengeras dalam anggaran masa 2-3 jam. Jadi kalau anda nak makan agar agar santan ini pada waktu berbuka puasa,seeloknya buat pada tengahari.

Selamat mencuba resipi ini.Mudah bila semua diberikan lengkap kan.

Pernah tak anda buat resipi agar agar santan yang mengandungi dua lapisan sedap. Lapisan bawah daripada santan pekat dan lapisan atas isi kelapa muda.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom