Resipi Apam Gula Hangus Lembut Gebu Best. Siap Dengan Tipss

93516
Hari ini kami nak kongsi resipi apam gula hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat.Tak menyesal jika anda buat resipi apam ni.

Hari ini kami nak kongsi resipi apam gula hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat.Tak menyesal jika anda buat resipi apam ni. Buat untuk sarapan pagi, pekena pula dengan air teh o memang sedap.

Ada juga yang suka makan apam ini dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam. Ianya situasi yang biasa di Kelantan.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Loyang Best Opah Sapiah Dengan Pelbagai Tips Penting

Kami beri resipi apam gula hangus ini dalam sukatan cawan untuk anda mudah buat. Nak guna cawan apa-apa pun boleh asalkan cawan yang selalu anda buat kek. Atau kalau nak sama, bolehlah cari di kedai bakeri yang ukuran standard 1 cawan tu.

Hari ini kami nak kongsi resipi apam gula hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat.Tak menyesal jika anda buat resipi apam ni.

Bahan Resipi Apam Gula Hangus Sukatan Cawan :

Bahan A

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas

Bahan B

  • 2 biji telur gred A
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan minyak masak
  • 2 sudu makan marjerin atau mentega
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 2 sudu teh baking soda

Hari ini kami nak kongsi resipi apam gula hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat.Tak menyesal jika anda buat resipi apam ni.

Cara Buat Resipi Apam Gula Hangus : 

#1: Masukan gula pasir dalam periuk/kuali, biarkan gula hangus dengan menggunakan api kecil. Kemudian masukkan air panas dan biarkan mendidih.Barulah kacau guna senduk sampai gula cair dan biarkan sejuk sebelum guna)

PERINGATAN – masukkan air panas sedikit-sedikit dengan berhati-hati. Air gula sangat panas dan boleh merecik bila terkena air.

#2: Dalam pengisar makanan, isi telur, mentega,susu,mnyak masak,tepung gandum, baking soda dan esen vanilla.Kisar biar sebati lebih kurang 5 minit yang dibuat secara berhenti-henti.

Tambahkan air gula hangus yang telah sejuk tadi ke dalam pengisar.Kisarkan hingga semuanya sebati dan tidak berketul.

#3: Masukkan adunan ke dalam bekas dan perap selama 2 jam.Panaskan periuk kukus hingga air mendidih. Sementara itu, sapu minyak masak pada acuan dan tuangkan adunan ke dalam acuan hingga ¾ acuan.Apabila air sudah mendidih, masukkan acuan dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana. Siap untuk dihidangkan dan apam gula hangus kukus .

Hari ini kami nak kongsi resipi apam gula hangus yang betul-betul gebu dan lembut sangat.Tak menyesal jika anda buat resipi apam ni.

Kalau anda nak jadikan sebagai sumber pendapatan pun boleh sangat. Modal yang murah. Resepi yang mudah. Cara buat yang cepat. Memang berbaloi.  Selamat mencuba ya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom