Kalau ada lebihan nasi semalam, boleh buat resipi apam nasi selain dijadikan nasi goreng untuk sarapan pagi esok kan. Senang dan yang pastinya, sangat sedap.Makan pula dengan parutan kelapa diletak garam bersama air tea o panas. Memang sedap kan.
Yang paling menyenangkan hati , nak buat resipi apam nasi ni punya lah mudah .Tak perlu banyak bahan dan yang paling penting, guna nasi itu sendiri.
Nak bagi menarik , gunakan acuan apam yang pelbagai bentuk dan masukkan pewarna makanan ke dalam bancuhan adunan apam nasi yang dah anda buat tu.Tapi resipi apan nasi kukus yang ni takde masukkan apa-apa pewarna.Putih bersih.
Nasi yang digunakan pula buka dari nasi lebihan biasa tapi dijadikan tapai nasi dahulu.Unik kan. Senang je buat tapai nasi. Terima kasih kepada Puan Nawar Azhar yang sudi berkongsi resipi ini.
BACA DI LINK BARU : Resepi Tomyam Pekat Best Dan Cara Buat Pes Tomyam Homemade
Resipi Tapai Nasi :
- 3 cawan nasi sejuk ( nasi lebihan )
- 1 ketul ragi
Anda boleh beli ragi di Sopi. Jangan risau.Banyak penjual yang jual.Sediakan tupperware,masukkan nasi sejuk,lerai-leraikan nasi tu,kemudian sagat ragi atas permukaan nasi sampai habis.Kemudian gaul merata ragi tadi pada nasi,tutup,balut dengan kain dan simpan selama 3-4 hari di tempat yang gelap dan tidak terkena cahaya matahari.Guna sudu plastik semasa menggaul ragi pada nasi.
Bila dah jadi tapai nasi, seterusnya bolehlah anda buat resipi apam tapai nasi pula. Jom tengok bahan dan cara buat.
Bahan Resipi Apam Nasi
- 2 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 cawan tapai nasi
- 2 cawan air
- 1 paket eno ( kaler biru )
- Acuan kecil dioles minyak
Cara Buat Resipi Apam Nasi :
Tuang adunan dalam acuan kecilKukus selama 15 minit,api sederhana
Pastikan air kukusan betul-betul mendidih barulah diletakkan apam nasi yang dalam acuan ya.Balut penutup kukusan dengan tuala bersih
Kukus lebih kurang 9-12 minit dan dah siap dah apam anda.Boleh makan begitu sahaja atau cicah kelapa parut.Sedap

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom