Hari ini kami siarkan resipi apam tepung beras yang sangat mudah untuk anda sediakan. Selain menggunakan yis, ianya juga menggunakan eno untuk melembutkan lagi apam beras anda.
Ya anda boleh Eno di farmasi atau pasaraya. Gunakan yang paket kecil sahaja iaitu dalam berat 4.5 gram dan guna paket bewarna biru.
Tips untuk hasilkan resepi apam beras yang hasilnya best :
1 – Pastikan anda sapu acuan apam beras dengan sedikit minyak untuk mudah dikeluarkan dan dapat bentuk yang menarik cantik.
BACA DI LINK BARU : Resepi Apam Suri Best Inti Kastard Durian. Sangat Sedap
2 – Anda kena perap di tempat yang sedikit gelap untuk pastikan adunan naik dan yis bertindak balas dengan elok. Bila adunan naik, hasilnya apam beras akan sangat gebu.
3-Pastikan yis mauripan anda hidup dan aktif. Caranya adalah dengan rendam di dalam air suam. Tunggu 3-4 minit. Kalau berbuih, ianya tanda yis hidup dan elok. Tapi kalau tiada apa-apa berlaku, anda kena cari yis yang baru.
Terima kasih kepada Puan Siti Hadirah di atas resipi apam tepung beras ini. Sangat menyelerakan dan mudah dibuat. Boleh kami semua mencubanya untuk menu sarapan di waktu pagi.
Bahan Resipi Apam Tepung Beras :
Bahan A :
- 2 sudu makan membukit tepung beras
- 3/4 cawan air
Bahan B :
- 2 cawan tepung beras
- 3/4 cawan gula
- 1 cwn air
- 1/2 paket yis mauripan dalam anggaran 5.5 gram
- pewarna pilihan
Bahan C :
- Eno paket biru dalam anggaran 4.5 gram
Cara Buat Resipi Apam Tepung Beras :
#1: Campurkan bahan A sehingga sebati dan masak menggunakan api perlahan sehingga sedikit pekat. Matikan api.Biarkan suam.
Barulah ditambahkan kesemua Bahan B kecuali air. Tambah air sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu cair. Pastikan kepekatan adunan seperti bancuhan cucur/jemput-jemput sahaja.
Tutup permukaan bekas dengan plastik wrap dan perap selama 1 jam di tempat gelap.
#2: Bila nak kukus, pastikan anda didihkan air terlebih dahulu dalam pengukus. Sapu sedikit minyak pada acuan.
Adunan yang telah diperap tadi dikacau sebati dan masukkan serbuk eno biru sambil kacau hingga habis.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan susun di dalam pengukus. Kukus selama 8 minit menggunakan api sederhana besar.
Maka siap dah resipi apam tepung beras anda. Boleh makan begitu saja atau cicah dengan kelapa parut kukus ya. Sedap.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom