Resipi Asam Laksa Best Dengan Kuah Pekat.Rugi Tak Cuba

652
Kami berikan resipi asam laksa untuk anda cuba sendiri kesedapan dia. Dengan adanya rasa masam , pedas, daun pudina, semua ini melengkap rasa .

Kami berikan resipi asam laksa untuk anda cuba sendiri kesedapan dia. Dengan adanya rasa masam , pedas, daun pudina, semua ini melengkap rasa dan kuah laksa yang diberikan juga cukup sesuai kepekatan yang bolehkan anda akan simpan resipi ini.

Hasilnya, anda akan dapat semangkuk asam laksa lengkap yang kuah berpalit pekat elok. Cukup ulam dia lepas tu tabur isi ikan sardin yang digoreng. Menangisss sedap.Ulam asam laksa yang digunakan terdiri daripada daun pudina, bawang,nenas,timun,daun salad, hirisan cili, hirisan limau kasturi dan ditambah seri dengan telur rebus dan isi sardin goreng.

Terima kasih kepada Ben Safwan kerana sudi berkongsi resipi asam laksa yang sungguh berbaloi untuk dicuba.

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Span Coklat Best Gebu Gebas. Ikut Je Cara Ini

Tips yang digunakandan anda perlu ingat ialah gunakan 3 liter dan 1 kilogram ikan. Jumlah air 3 liter termasuk dalam air kisaran ikan, air kisaran bahan kisar, air kisaran cili kisar dan baki kuah.

Tapi untuk proses merebus ikan, air yang digunakan tidak termasuk daripada 3 liter ini. Jelas kan ?

Kami berikan resipi asam laksa untuk anda cuba sendiri kesedapan dia. Dengan adanya rasa masam , pedas, daun pudina, semua ini melengkap rasa .

Bahan Resipi Asam Laksa Cina :

Sukatan ini sesuai untuk 5-8 orang makan atau satu keluarga .

  • 3 liter air
  • 1 kilogram ikan sardin/kembung/selayang
  • 1 tin sardin Ayam Brand ( 425 gram )
  • 5 senduk cili kisar
  • 3 sudu makan asam jawa
  • 8 keping asam keping gred elok ( jika gunakan yang murah dalam 12-13 keping )
  • 5 tangkai daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 tangkai daun pudina
  • Gula melaka hancur secukupnya
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan Kisar :

  • 100 gram bawang merah besar India
  • 25 gram belacan
  • 13 tangkai cili padi hijau
  • 1 batang serai saiz sederhana
  • 300 gram nanas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas

Ulam Asam Laksa Cina :

  • Daun salad
  • Bawang merah besar India
  • Asam limau kasturi
  • Telur rebus
  • Timun
  • Cili Padi
  • Daun Pudina

    Kami berikan resipi asam laksa untuk anda cuba sendiri kesedapan dia. Dengan adanya rasa masam , pedas, daun pudina, semua ini melengkap rasa .

Cara Buat Resipi Asam Laksa Cina :

#1: Rebus ikan ,Boleh rebus telur sementara tunggu ikan siap.Kisar bahan kisar dan hiris ulam-ulaman.Sukat dan sediakan 3 liter air untuk pelbagai kegunaan.Bila ikan rebus dah masak dan sejuk,asingkan isi ikan dengan tulang ikan.

Kisar dengan guna air yang disukat dan masukkan dalam bekas asing. Untuk bahagian tulang dan kepala ikan, tapis untuk elakkan kuah asam laksa penuh dengan tulang.

#2: Dalam periuk, masukkan baki stok air tadi ke dalam periuk besar,isi ikan kisar,air kisaran tulang dan kepala bersama bahan kisar,cili kisar,asam keping,air asam jawa,belahan bunga kantan,daun kesum,daun pudina.

Masak hingga mendidih dan kuah asam laksa menjadi pekat.Masa diambil dalam 20-30 minit untuk kuah mendidih.

#3: Tambah gula Melaka hancur ,garam serta serbuk perasa.Pastikan kuah manis buah untuk seimbangkan rasa masam,pedas kuah.

Basuh ikan sardin,goreng biar garing luar lepas tu hancur kasar . Nak makan mnt tabur atas laksa. Fuhh.

Kami berikan resipi asam laksa untuk anda cuba sendiri kesedapan dia. Dengan adanya rasa masam , pedas, daun pudina, semua ini melengkap rasa .

#4: Bila dah tutup api, terus keluarkan asam keping tadi untuk elakkan terlebih rasa masam .Keluarkan semua.Boleh la hidang dengan laksa beras atau laksa yang dah siap.

Dah siap dah resipi asam laksa yang cukup istimewa. Silakan mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom