Saya suka resipi ayam goreng kunyit yang dimakan bersama sup kosong dan telur dadar atau telur mata serta kicap .Ianya satu kombinasi yang cukup sempurna di mata saya. Jangan lupa timun dan juga sambal belacan.Tapi bila order di kedai makanan Thailand, terlalu banyak bahan perasa MSG.Tidak baik untuk kesihatan diri.
Resepi ayam goreng kunyit ini adalah daripada hasil perkongsian Puan Nina Mahdar.Memang antara hidangan ayam yang boleh anda cuba.
BACA DI LINK BARU : Resepi Buttercream dan Tips Best ,Segalanya Mengenai Krim Ini.
Bahan-bahan resipi ayam goreng kunyit untuk dua orang makan. Masa untuk memasak ayam goreng ni sangat singkat antara 15-20 minit sahaja dan ianya fav anak-anak saya. Anda boleh juga gantikan ayam dengan daging dan taraa, ianya menjadi resepi daging goreng kunyit.Cuma potongan daging haruslah nipis.
Bahan Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah :
Bahan-bahan A :
- 500 gram dada ayam (dipotong dadu)
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu makan tepung beras
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1 sudu makan serbuk kari
- Satu kiub ayam
- Sedikit air sejuk
- Sedikit garam, rasa dulu . Tak cukup tambah. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Bahan-bahan B :
- Kacang buncis / kacang panjang
- Lobak merah dipotong panjang
- Kobis bunga
- Bawang holland – hiris
- Bawang putih – tumbuk
Cara-cara Penyediaan Resipi Ayam Goreng Kunyit Best :
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Panaskan minyak yang banyak dan panas, goreng secara deep fry sehingga ayam masak keemasan. Nota: Minyak mesti banyak hingga ayam tenggelam, baru ayam akan garing
Bila ayam dah masak, angkat & toskan. Ketepikan seketika.
Kurangkan minyak menumis di dalam kuali. Tumis bawang holland & bawang putih. Masukkan sayuran dan kacau sehingga sayuran hampir lembut. Masukkan ayam. Gaul rata sekejap. Angkat, dan toskan minyak.
Sambal Cili Merah :
- 3 tangkai cili merah
- 5 tangkai cili padi merah
- Sedikit gula
- Sedikit garam
- Sedikit belacan
- Sedikit air asam jawa
- Perahan air limau kasturi/limau nipis

Maka dah siap resipi ayam goreng kunyit. Selamat mencuba akak.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>