Resipi Ayam Percik Kelantan Tradisional.Best Sangat

8471
Sedapnya makan ayam percik Kelantan kan. Tambah-tambah bakar dengan arang. Hari ini kami nak kongsi resipi ayam percik Kelantan khas untuk anda cuba.

Sedapnya makan ayam percik Kelantan kan. Tambah-tambah bakar dengan arang. Hari ini kami nak kongsi resipi ayam percik Kelantan sedap khas untuk anda cuba.

Untuk resipi ayam percik ini, mula-mula sekali kita akan rebus ayam sehingga 1/2 masak  dengan bahan perapan untuk berikan rasa sebelum dibakar atas arang dan disalut dengan kuah percik. Untuk berkali ganda sedap, mestilah kena bakar ayam di atas arang untuk dapatkan aromanya, tap kalau tiada pilihan, letak je dalam pemanggang ajaib atau oven.

Terima kasih kepada Ben Safwan kerana sudi berkongsi resipi ayam percik yang sangat sedap ni.

Bahan Resipi Ayam Percik Kelantan –  Bahan Perap :
Sukatan bahan perap sesuai untuk 1.3-1.8 kilogram

  • 6 ulas bawang putih sederhana
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu teh garam

#1: Kisar semua bahan lumat. Masukkan dalam periuk.Gaul dengan ayam. Ketuk 2 batang serai lagi.Tambah 100 ml air dan 100 ml santan pekat.

Bagi rasa sedap lagi. Rebus api sederhana sehingga 1/2 masak. Tutup periuk. Lebih kurang 20-30 minit.

Ben guna pressure cooker Philips. 15 minit dah cukup cantik. Kalau pressure cooker lain,lain timing dia ya.

Sedapnya makan ayam percik Kelantan kan. Tambah-tambah bakar dengan arang. Hari ini kami nak kongsi resipi ayam percik Kelantan khas untuk anda cuba.

Bahan Resipi Ayam Percik Kelantan – Kuah Percik Kelantan Warisan Mok :Untuk 1.3-1.8 kilogram ayam.

  • 6 ulas bawang merah saiz 20 sen
  • 1/2 sudu makan ketumbar disangai
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1/2 inci belacan
  • 1/3 inci hirisan halia
  • 2 ulas bawang putih kecil

Cara Buat Kuah Percik Untuk Resepi Ikan Selar Percik :

#1:Kisar lumat semua bahan dengan 50ml air.Tuang dalam periuk. Tambah 600 ml ibu santan Farm Fresh. Masukkan 1 batang kecil serai diketuk .Perah asam limau nipis sehiris dua.

Tambah masuk 2 sudu makan gula,2 sudu teh garam , 1/2 sudu makan serbuk perasa.

Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul.Bila dah berbuih naik wap,tutup api. Siap .

Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ganggu rasa kuah ayam percik yang sebenar.

Sedapnya makan ayam percik Kelantan kan. Tambah-tambah bakar dengan arang. Hari ini kami nak kongsi resipi ayam percik Kelantan khas untuk anda cuba.

#2: Semua bahan dah siap, boleh la bakar ayam yang siap direbus tadi di atas arang hingga masak dan barulah disalut dengan kuah  percik mengikut tips yang telah kami sediakan ini.

– 3 kali salutan kuah percik.

Lepas bakar arang seketika, sapu kuah pada ayam di kedua bahagian ayam,letak atas api sekejap dan balikkan, teruskan salutan kali kedua dan ulang shingga ke 3 kali. Sekejap je.

Orang cakap biar kena asap je. Jangan lama nanti kering kuah percik. Tak cantik.

Sedapnya makan ayam percik Kelantan kan. Tambah-tambah bakar dengan arang. Hari ini kami nak kongsi resipi ayam percik Kelantan khas untuk anda cuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom