Kami nak berikan resipi ayam ungkep yang pure dari Jawa Joho. Memang sedap dimakan dengan nasi putih masakan ini. Perkataan ungkep itu sendiri membawa maksud masak bertutup kalau anda nak tahu.
Asalnya, resipi ayam ungkep asli memang sangat popular dan hanya menggunakan bahan seperti di bawah ini. Tapi seiring dengan perubahan zaman dan tempat, ada sedikit penambahan baru seperti ada yang masukkan serbuk kari,ada pula ungkep yang menggunakan santan. Jadi tak perlu terkejut.
Kalau nak rasa menu ayam ungkep asli,cuba buat yang ni dulu.Sedikit tips untuk anda :
BACA DI LINK BARU : Resepi Satay Ayam Sedap Best Disertakan Sekali Kuah Kacang
1- Anda boleh guna ayam bandar atau ayam kampung untuk masakan ungkep ini. Selepas tumis bahan kisar, masukkan daging ayam dan biarkan masak sebati perasa nya terlebih dahulu sebelum masukkan garam gula.Tutup periuk untuk elakkan ayam kering.
2- Bagi hasilkan perasa ayam ungkep yang sedap,jangan kisar bahan-bahan seperti bawang dan biji ketumbar.Tapi tumbuk dengan lesung hingga 70% hancur sahaja.
Terima kasih kepada Puan Siti Nur Sahida Ibrahim di atas sumbangan resipi ayam ungkep ni. Memang sedap la menu masakan Jawa ni kan.
Bahan Resipi Ayam Ungkep Asli :
- 8-10 ketul ayam
- 2 batang serai saiz besar
- 1 ulas bawang merah besar saiz 1/2 bola tenis
- 7 ulas bawang putih
- 2-3 inci kunyit
- 10-15 cili burung thai ( ikut tahap kepedasan anda )
- 3 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 1 sudu makan asam jawa
- 1 sudu makan gula
- 1 1/2 sudu teh garam
- Serbuk perasa jika mahu
- 1/2 senduk minyak untuk menumis
Untuk resipi asli tiada halia digunakan tapi kalau anda nak masukkan pun boleh.Untuk hilangkan rasa hanyir ayam.Terpulang.

Cara Buat Resipi Ayam Ungkep Jawa :
#1: Tumbuk biji ketumbar dan diikuti dengan bawang putih, kunyit,cili burung dan last bawang merah. Sebab bawang merah berair.Ketepikan bila dah semua lumat elok.
Panaskan dan tumis bahan kisar hingga sedikit garing bersama dengan serai yang diketuk.Bila dah garing dan pecah minyak, barulah tambahkan ayam dan masukkan sekali air sama paras dengan ayam.
Kalau anda gunakan ayam kampung, air yang digunakan lebih sedikit.
#2: Tutup kuali dan biarkan ayam masak mendidih sekitar 15 minit. Barulah buka penutup dan masukkan asam jawa yang dikeluarkan biji,gula,serbuk kunyit,garam dan serbuk perasa.
Kacau sesekali hingga air kering dan kuah ungkep mulai memekat. Masak sampai ayam empuk elok baru sedap.
Rasa ayam ungkep yang sedap ialah cukup masam pedas,manis masin. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom