Kami nak berikan anda resipi bengkang pandan yang sangat istimewa.Kenapa istimewa ? Ianya menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama dan tidak menggunakan sebarang tepung.
Betul tu, tiada tepung gandum atau tepung jagung digunakan dalam pembuatan resipi bengkang kali ini. Hasilnya, anda akan dapat rasa bengkang yang sedap sedikit liat dan garing serta harum dengan bauan pandan.
BACA DI LINK BARU : Resepi Bengkang Ubi Kayu Gula Merah Kukus. Best Dan Senang Sangat
Sedikit tips untuk anda buat resipi bengkang ubi kayu bakar ini, pastikan anda sejukkan betul-betul bengkang selepas dibakar sebelum diangkat. Tujuannya untuk dapatkan lapisan bawah yang licin dan tak melekat pada loyang yang digunakan ketika membakar.
Terima kasih banyak kepada Puan Mas Cotek yang sudi berkongsi resipi-resipi bengkang pandan ini kepada kami. Boleh kami semua mencuba sempena cuti ini kan.
Bahan Resipi Bengkang Pandan Ubi Kayu Bakar :
- 4 cawan ubi kayu (dah siap parut) dalam anggaran 1.2 kilogram
- 1 cawan gula
- 1/4 cawan air pandan hasil dari kisar 6-7 helai daun pandan
- 2 cawan santan pekat
- 1 biji telur ayam gred A
- 2 sudu makan margerin dicairkan
- 1-2 titis essen pandan atau pewarna hijau
Cara Buat Resipi Bengkang Pandan Ubi Kayu Bakar Gula Merah :
#1: Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180’C. Dalam satu bekas, campurkan kesemua bahan dan kacau hingga gula larut.
Ambil loyang saiz 9×9 dan alas permukaan bawah dengan margerin,. Tujuan supaya bengkang pandan nanti tidak melekat apabila dibakar dan mudah untuk dikeluarkan.
Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu sama. iaitu 180’C selama 1 jam atau sehingga masak ikut jenis oven anda.
#2: Bila dah capai tempoh 60 minit, tambahkan masa pembakaran selama 10 minit menggunakan api bawah sahaja. Dah capai 10 minit , gunakan api atas sahaja selama 5 minit lagi.
Tujuan untuk dapatkan permukaan bengkang pandan yang garing dan sedap.
Biarkan bengkang betul-betul sejuk sebelum dipotong bagi dapatkan hasil yang cantik.
Sedikit tips pemotongan, gunakan pisau tajam atau pisau plastik yang disapu sedikit minyak. Setiap kali potong, lap pisau. Barulah cantik elok hasil potongan bengkang pandan anda.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>