Resipi Bengkang Ubi Kayu Bakar. Best Lapisan Atas Garing

33529
Kami nak kongsikan resipi bengkang ubi kayu bakar yang menggunakan gula merah. Sedap betul lapisan atas yang garing dan lembut pada bahagian dalam

Kami nak kongsikan resipi bengkang ubi kayu bakar yang menggunakan gula merah. Kalau sebelum ini kami pernah tuliskan resepi bengkang kukus. Bolehlah anda mencuba kedua-dua cara ini dan dapatkan mana satu pilihan yang anda suka.

Sedikit tips untuk anda buat resipi bengkang ubi kayu bakar ini, pastikan anda sejukkan betul-betul bengkang selepas dibakar sebelum diangkat. Tujuannya untuk dapatkan lapisan bawah yang licin dan tak melekat pada loyang yang digunakan ketika membakar.
Terima kasih kepada Puan Mas Cotek di atas perkongsian resipi bengkang ubi kayu bakar mudah ini. Semoga dimurahkan rezeki puan sekeluarga. Tak sabar kami nak mencubanya.
Kami nak kongsikan resipi bengkang ubi kayu bakar yang menggunakan gula merah. Sedap betul lapisan atas yang garing dan lembut pada bahagian dalam
Bahan Resepi Bengkang Ubi Kayu Bakar :
  • 5 cawan ubi kayu (dah siap parut)
  • 2 cawan gula merah
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu makan margerin dicairkan
  • 1/4 cwn tepung ubi ( *tepung ubi opah tambah sebab endapan pati ubi tu sikit sangat )

Cara Buat Resipi Bengkang Ubi Kayu Bakar Gula Merah :

#1: Ubi kayu diperah dengan air yang disi bersama ke dalam bekas. Perah sehingga keluar patinya. Anda boleh juga kisar dulu parutan ubi kayu sebelum perah. Buat macam perah santan.

Selepas diperah, biarkan dahulu supaya patinya mendap. Barulah buang air dan hanya ambil patinya.

Satukan gula merah, gula pasir, daun pandan bersama 1 cawan air dan masak sehingga larut. Sejukkan seketika sebelum tapis dan masukkan ke dalam bekas besar.

Kami nak kongsikan resipi bengkang ubi kayu bakar yang menggunakan gula merah. Sedap betul lapisan atas yang garing dan lembut pada bahagian dalam

#2: Tambah pati tadi,margerin,tepung ubi dan gaul rata bagi sebati. Sebelum tuang dalam loyang saiz 9×9 inci, sapu dinding dan permukaan loyang dengan margerin dan panaskan oven pada suhu 190’C selama 10 minit.

Tuang adunan bengkang ubi kayu ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak mengikut kesusuaian oven masing-masing pada suhu 180’C menggunakan api atas bawah.

Masa pembakaran ditambah apabila mencapai 1 jam dengan bakar lagi bahagian bawah sahaja selama 5 minit dan 10 minit lagi menggunakan api atas sahaja.

Dah siap,. selamat mencuba resipi bengkang ubi kayu bakar ini ya.
Kami nak kongsikan resipi bengkang ubi kayu bakar yang menggunakan gula merah. Sedap betul lapisan atas yang garing dan lembut pada bahagian dalam
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom