Resipi Bingka Labu Best Garing Sangat Sedap Makan

32423
Resipi bingka labu ikut resepi ini memang puas hati dengan hasilnya. Rasa garing permukaan luar bingka lepas tu lemak manis dengan penggunaan santan pekat

Resipi bingka labu ikut resepi ini memang puas hati dengan hasilnya. Rasa garing permukaan luar bingka lepas tu lemak manis dengan penggunaan santan pekat,kenyal memang masuk elok gandingnya. Mudah pun mudah sebab guna dalam sukatan cawan.

Labu tu anda kupas dan rebuskan sekejap .Nak kukus pun boleh takde masalah. Ikut cara mana yang anda senang. Dalam 10 minit kukus dah lembik elok dah labu. Baru makin sedap resipi bingka labu bila guna labu yang lembik elok.

Terima kasih kepada Puan Ida Kitchen di atas resepi bingka kayu untuk minum petang atau sarapan pagi ni. Bakar sambil ditabur bijan,wahh harum mewangi lah jadinya bingka labu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kek Durian Sedap Dan Best Untuk Penggemar Durian

Loyang pun tak perlu lapik dengan baking paper atau oles minyak pada permukaan dinding.Sebabnya,santan yang pekat sebabkan kuih bingka labu tidak melekat,mudah dikeluarkan dan rasa berlemak. Nak best gunakan santan kotak pekat. Untuk resipi ni anda guna loyang 9×9 ya.

Bahan Resipi Bingka Labu Sedap :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan labu yang sudah direbus
  • 2 cawan air
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar essen vanilla
  • Sedikit pewarna kuning
  • Secubit garam

Resipi bingka labu ikut resepi ini memang puas hati dengan hasilnya. Rasa garing permukaan luar bingka lepas tu lemak manis dengan penggunaan santan pekat

Cara Buat Resipi Bingka Labu Senang :

#1: Rebuskan labu asing dan bila dah masak serta sedikit sejuk, korek keluar isi labu, masukkan dalam bekas. Campurkan semua bahan kecuali pewarna

Kisar atau kacau menggunakan hand mixer agar adunan bingka labu menjadi halus sekata. Bila dah cantik, titis pewarna kuning jika mahu dan tuangkan didalam loyang serta taburkan bijan

Sementara tu panaskan oven pada suhu 190’C. Masukkan loyang bingka dan bakar pada suhu 180’C selama 45 minit. Ini guna api atas bawah ya. Bila dah siap, sambung bakar setengah jam lagi tapi kali ini gunakan api bawah sahaja.

Dah masak,sejukkan 1-2 jam biar betul-betul sejuk baru cantik nak dipotongnya. Tips untuk potong resepi bingka ubi kayu ni,oleskan minyak sedikit pada pisau plastik,tekan potong sekali gerak ( jangan angkat pisau ).Lepas tu ulang langkah yang sama untuk potongan baru.

Resipi bingka labu ikut resepi ini memang puas hati dengan hasilnya. Rasa garing permukaan luar bingka lepas tu lemak manis dengan penggunaan santan pekat

Selamat mencuba resepi kuih bingka ni.Sedapnya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom