Menarik resipi bingka labu dalam bekas muffin ni. Bukan sahaja mudah dikeluarkan bila masak, mudah makan tapi boleh dapatkan rasa garing di bahagian tepi untuk setiap biji.
Memang anda boleh tiru idea kreatif dalam hasilkan bingka labu sedap ni.
Nak buat pun mudah sebab dalam sukatan cawan.Guna je cawan yang ada dijual di kedai bakeri. Sukat sahaja semua bahan ikut kuantiti yang telah ditetapkan, lepas tu dah boleh mula buat dah.
BACA DI LINK BARU :Resipi Kek Marble Coklat Beryls Lembut Best. Tunjuk Ajar Lengkap
Salah satu tips yang mudah dalam resipi bingka labu ini ialah anda tak perlu kupas kulit labu sebelum rebus. Cukup sahaja dipotong dua dan rebus. Nanti senang je korek dengan sudu isi dia. Tinggal kulit je.
Nak hasilkan bingka sedap, jangan kedekut guna labu yang banyak sikit. Baru sekali suap terus terasa nikmatnya kan.
Terima kasih pada Puan Lailatul Hafizi di atas perkongsian resepi bingka labu ini. Memang puas hati makannya.
Bahan Resipi Bingka Labu Garing :
- 2 cawan labu yang dah direbus
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan gula
- 1/4 sudu teh garam
- 2 sudu makan marjerin/butter yang telah dicairkan
- 2 biji telur ayam gred A
- 2 cawan santan pekat
Cara Buat Resipi Bingka Labu Senang :
#1: Rebuskan labu asing dan bila dah masak serta sedikit sejuk, korek keluar isi labu, masukkan dalam bekas. Dan lenyek supaya isi labu hancur.
Campurkan semua bahan ke dalam bekas labu dan masukkan bahan-bahan ini ke dalam pengisar makan. Kisar sehingga halus.
Sementara tu panaskan oven pada suhu 210’C. Spray minyak pada bekas muffin untuk elakkan melekat dan mudah untuk dikeluarkan.
#2: Masukkan adunan bingka ke dalam acuan muffin.Tabur bijan di permukaan adunan bingka labu.
Bakar bingka labu pada suhu 200’C menggunakan api atas bawah selama 35-40 minit. Tahap suhu mungkin sedikit berbeza bergantung pada oven anda.
Bila dah masak, tunggu sehingga suam dan barulah dikeluarkan untuk dapatkan bentuk yang cantik kerana selepas masak, ianya masih lagi lembik dan boleh sebabkan bingka labu pecah kalau dikeluarkan tidak cermat
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom