Resipi Biskut Red Pearl Best. Mudah Dibuat Wangi Sangat

1407
Kami berikan resipi biskut read pearl. Sedap tau.Rasa biskut yang wangi rangup dan senang dibuat memang menjadi pilihan ramai untuk koleksi biskut raya
Kami berikan resipi biskut read pearl. Sedap tau.Rasa biskut yang wangi rangup dan senang dibuat, uli bentuk guna tangan memang boleh anda jadikan sebagai pilihan utama dalam koleksi biskut raya yang bakal menghiasi balang raya di atas meja.
  • 150 gram Mentega
  • 150 gram Tepung Gandum
  • 75 gram Gula Kastor
  • 60 gram Cornflakes – Ramas Kasar
  • 50 gram Coklat Chips
  • 25 gram Almond Nibs
  • 1 sudu teh Esen Vanila
  • 1/2 Sudu teh Emplex ( kalau xada tak apa xpayah letak)
Hiasan : Ceri merah secukupnya dihiris memanjang
Kami berikan resipi biskut read pearl. Sedap tau.Rasa biskut yang wangi rangup dan senang dibuat memang menjadi pilihan ramai untuk koleksi biskut raya

Cara Buat Resipi Biskut Red Pearl : 

#1: Dalam bekas, pukul gula dan butter sehingga sebati menggunakan spatula tangan sahaja. Tak perlu pakai mixer. Nnati terlebih pukul dan biskut akan jadi mengembang bila dibakar.

Bila dah sebati,tambah masuk kuning telur,essen vanilla dan kacau lagi. Ayak masuk tepung dan gaul sebati. Baru tambah masuk cornflake,almond nips yang sudah disangai dan juga coklat chip.

#2: Gaul manja supaya sebati sahaja semua bersatu dalam adunan biskut red pearl. Kemudian perap dalam peti ais di bahagian biasa untuk dapatkan tekstur biskut yang berongga di bahagian dalam. Perap selama 60-90 minit.

Dah boleh mula panaskan oven pada suhu 180’C. Alas baking paper pada loyang dan keluarkan adunan biskut dari peti.

Ambil sedikit doh dalam saiz yang anda suka, bulatkan dan susun di atas loyang. Bila dah siap susun, letak dan tekan sedikit hirisan ceri di atas doh.

#3: Bakar biskut red pearl pada suhu 170’C selama 20 minit dan guna api atas bawah. Oven mungkin perlu ubah sikit sebab brand kita tak sama kan.

Bila biskut dah masak, boleh sejukkan terlebih dahulu dan barulah disusun dalam bekas kedap udara. Dah pun siap. Senang je kan resipi biskut red pearl ni. Selamat mencuba.

Kami berikan resipi biskut read pearl. Sedap tau.Rasa biskut yang wangi rangup dan senang dibuat memang menjadi pilihan ramai untuk koleksi biskut raya

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom