Resipi Brownies Kedut Best Sukatan Untuk Jualan. Rezeki

1460
Memang sedap walaupun dah sejuk resipi brownies kedut ni.Rasa brownies yang penuh dengan coklat dan hasilnya, boleh dah anda beranikan diri ambil order

Memang sedap walaupun dah sejuk resipi brownies kedut ni.Rasa brownies yang penuh dengan coklat dan paling penting,senang je cara buat brownies kedut ni tapi hasilnya, boleh dah anda beranikan diri ambil order.Tambah-tambah ada rujukan sukatan yang lengkap

Terima kasih kepada Puan Azlina Ina yang sentiasa bermurah hati memberikan resipi jualan brownies ni untuk kita sebagai peniaga kecil. Cantik brownies jadi kedut cantik macam ni.

Bila ada sukataan resipi brownies yang banyak camni, maka mudah tak perlu anda bancuh adunan brownies banyak kali. Cukup sekali dua bancuhan adunan untuk dapat banyak bekas.

BACA DI LINK BARU :Resepi Popia Bergedil Best Penuh Dengan Inti Dan Sambal Kicap

Semestinya jimat masa membuat resipi brownies bila semua dah siap sekaligus dan hasilkan rasa brownies kedut yang sama serta sekata.

Untuk cadangan harga jualan brownies kedut ni, anda boleh jual 12 inggit untuk bekas 4571 serta rm40 untuk brownies kosong tanpa topping dalam saiz loyang 8

Memang sedap walaupun dah sejuk resipi brownies kedut ni.Rasa brownies yang penuh dengan coklat dan hasilnya, boleh dah anda beranikan diri ambil order

Bahan Resipi Brownies Kedut Dalam Sukatan Banyak :

  • 1 kilogram coklat dark beryls coin
  • 320 gram majerin
  • 7 biji telur
  • 325 gram gula perang
  • 110 gram tepung gandum
  • 115 gram tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan membukit serbuk koko

Memang sedap walaupun dah sejuk resipi brownies kedut ni.Rasa brownies yang penuh dengan coklat dan hasilnya, boleh dah anda beranikan diri ambil order

Cara Buat Resipi Brownies Kedut Best :

#1: Marjerin dan coklat dicairkan terlebih dahulu menggunakan kaedah double boil dan dimasukkan dalam mangkuk.Asingkan

Ayak tepung gandum bersama tepung naik sendiri, baking powder serta serbuk koko. Ayak sebanyak 2 kaki.

Dalam mangkuk besar, tambahkan cairan coklat dan marjerin panas tadi, tambah telur dan gula perang. Whisk . Lepas tu masukkan tepung yang dah diayak. Kacau laju sebati dan masukkan dalam bekas untuk dimasak.

#2: Cara masak, jika guna bekas aluminium kod 4751, bakar 25-30 minit dengan suhu 150’C untuk 15 minit pertama dan naikkan suhu 180’C untuk baki masa seterusnya.

Kalau loyang saiz 8 atau 9, bakar 45-50 minit dengan suhu 150’C-160’C untuk 15 minit pertama dan naikkan suhu 170’C-180’C untuk baki masa seterusnya.

Insyaallah anda berpuas hati dengan hasil resipi brownies kedut Puan Azlina Ina ini.

Memang sedap walaupun dah sejuk resipi brownies kedut ni.Rasa brownies yang penuh dengan coklat dan hasilnya, boleh dah anda beranikan diri ambil order

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom