Bestnya resipi brownies kedut untuk anda buat sendiri pada hujung minggu ini. Dengan penuh rasa coklat dan berkedut, boleh dicuba. Bukan sahaja resipi lengkap tapi diberikan lagi dengan tips.
Sebelum anda tengok resipi brownies kedut lembut ini, kami mahu berikan beberapa tips serta teknik untuk dapatkan brownies yang betul-betul menepati selera.
BACA DI LINK BARU :Resepi Popia Bergedil Best Penuh Dengan Inti Dan Sambal Kicap
1) Guna coklat bar dari jenis dark compound ( brand cocorich/beryl/apa2 pilihan) untuk lebih rasa coklat.Kali ni kami gunakan brand cocorich.Memang guna dua brand ni ja lau dark compound coklat.
2) Alas loyang dengan parchment paper bukan baking paper supaya tidak melekat lansung.Parchment paper paling sesuai jika bab lekat2 ni.
3) Biarkan brownies betul-betul sejuk baru dipotong.Baru cantik.Makin sejuk dia makin berkedut.Jangan terburu-buru nak potong semasa panas.
4) Untuk elak rasa pahit,guna serbuk koko brand Van Houten.Mahal sikit takpe tuk keluarga,tapi berbaloi baloi rasa brownies anda.
Bahan Resipi Brownies Lembut :
Bahan A
- 250 gram dark chocolate Beryl’s (cairkan)
- 120 gram pure salted butter
- 1 sudu teh nescafe/serbuk kopi
- 1 sudu teh esen vanilla
Anda boleh cairkan dark coklat dengan kaedah double boil atau masukkan dalam microwave selama 3 minit.
Bahan B
- 3 biji telur (grade A)
- 230 gram, gula perang
Bahan C (ayak bersama kesemua bahan )
- 140 gram tepung naik sendiri
- 1 sudu teh baking powder
Cara Buat Resipi Brownies Mudah :
#1: Cairkan coklat dengan kaedah double boiling atau masukkan dalam . Kemudian masukkan bahan A yang lain. Kacau sehingga mesra. Angkat dan ketepikan biar sejuk seketika.
Dalam bekas lain, kacau bahan B. Menggunakan spatula sahaja. Tak perlu hand mixer.Masukkan Bahan A dan Bahan C sedikit demi sedikit. Kacau perlahan guna kaedah kaup balik. Sehingga sekata.
#2: Sediakan loyang saiz 9×9 yang telah anda alas dengan baking/parchment paper.Barulah tuang adunan ke loyang dan hentak perlahan sebanyak 3 kali. Tujuan hentak adalah untuk keluarkan angin di dalam adunan.Jangan lupa panaskan oven 170’C api atas bawah sekurang-kurangnya 10 minit.
Bakar brownies pada suhu 170’C selama 40-45 minit menggunakan api atas bawah.Bila dah siap bakar, jangan terus keluarkan brownies. Buka sedikit penutup oven, biarkan dalam 10 minit di dalam. Setelah itu, boleh keluarkan dari oven.
Bila dah betul-betul sejuk, barulah anda potong brownies dan hias ikut kreativiti anda sendiri.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom