Sedapnya resipi cempedak goreng cara macam ni. Kami suka sangat kalau ikut cara Kelantan macam ni Memang habuk banyak dan yang paling penting,tak serap minyak tau. Makan camtu panas-panas, sedap mewangi.
Selain tu kami turut sertakan resipi sambal kicap. Mana tahu anda nak goreng pisang ke keropok dan nak cicah sekali.
Antara tips penting dalam hasilkan resipi cempedak goreng ini ialah :
1- Jangan goreng cemepedak dalam api yang perlahan. Nanti minyak akan meresap masuk ke dalam gorengan hingga jadi lembik. Gunakan api sederhana besar.
2- Gunakan cempedak yang masak tapi bukan terlalu masak untuk elakkan cempedak yang digoreng menjadi lembik serta menyerap minyak.
3- Untuk buat sambal kicap sedap, pastikan anda bakar bawang merah dan bawang putih hingga masak untuk elakkan rasa mentah bawang.Cili juga dibakar untuk elakkan rasa pijar.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Petai Tempe Asam Best Makan Dengan Ikan Goreng
Selepas anda ikuti tips di atas, kami percaya mesti berbeza hasil gorengan. Terima kasih kepada Ben Safwan di atas perkongsian resipi cempedak goreng yang menarik. Semoga tuan disembuhkan dari penyakit yang dihadapi dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Bahan Resipi Pisang Goreng Rangup :
- 2 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung jagung
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur saiz C. Kalau saiz A 1/2 biji sahaja
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 4 sudu makan air kapur ( guna 1 sudu teh kapur yang dilarutkan dengan 4 sudu makan air )
- 1/2 sudu teh garam
- 1 sudu makan membukit mentega
- 2 cawan air sejuk
Campurkan semua bahan ini ke dalam bekas dan barulah masukkan 2 cawan air yang dimasukkan sedikit demi sedikit. Bancuh tepung gorengan hingga kepekatan sesuai ya. Guna cawan yang sama.
Cara Buat Resipi Cempedak Goreng Sedap :
#1: Panaskan minyak di dalam kuali dengan api sederhana besar. Leraikan isi buah cempedak dan masukkan ke dalam tepung gorengan tadi.
#2: Bila minyak dah panas,masukkan cempedak dalam kuali. Goreng pada suhu api sesuai dengan pastikan buih panas sentiasa ada dan tidak terlalu mendidih.
Bahan Resipi Sambal Kicap :
- 1/2 bawang merah saiz bola pingpong
- 4 cili thai tapi Ben guna 3 sahaja
- 3 ulas kecil bawang putih
Cara Buat Resipi Sambal Kicap Pisang Goreng :
Bakar sampai layu semua. Tumbuk lepas tu masukkan kicap pekat manis secukupnya. Perah asam limau kasturi sedikit dan dah siap.
Senang kan. Pisang goreng sedap sangat kalau anda cicah dengan sambal kicap ni.Tapi kalau anda nak resepi pisang goreng cheese, senang je.
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom