Resipi Cheesecake Mango Yang Best Sangat. Macam Kat Kedai!

7764
Kami nak berikan resipi cheesecake mango yang sangat sedap.Lengkap resepi dan teknim supaya akan akan dapat cheesecake yang sangat sedap dan berbaloi

Kami nak berikan resipi cheesecake mango yang sangat sedap. Kalau sebelum ini anda pernah pergi ke kedai kek di negeri Pahang untuk mencuba cheesecake diorang yang sedap, kini anda boleh buat sendiri di rumah.

Sekali suap ke dalam mulut cheesecake mango ni memang best sangat. Yerlah kek yang sejuk tapi rasa yang sangat lembut sangat.
Resipi cheesecake mango ini ada 4 bahagian utama iaitu :
  • Base/Tapak
  • Puri Mangga
  • Cheesecake
  • Topping

BACA DI LINK BARU : Resipi Kek Pisang Kukus Coklat Yang Betul-Betul Best. Sedapnya

Terima kasih kepada Puan Erma Lina kerana sudi berkongsi cheesecake mango kepada kami semua. Semoga murah rezeki. Tanpa membuang masa, jom kita belajar resipi lengkap.

Kami nak berikan resipi cheesecake mango yang sangat sedap.Lengkap resepi dan teknim supaya akan akan dapat cheesecake yang sangat sedap dan berbaloi

Bahan Resipi Cheesecake Mango :

Bahagian 1 : Bahan dan Cara Buat Base 

  • 70 gram mentega dicairkan
  • 20 keping biskut marie

#1: Hancurkan biskut marie dan satukan biskut ke dalam mentega/butter cair. Kacau sebati.

Kemudian ratakan dalam loyang yang ada bukaan tepi. Baru senang nanti nak keluarkan. Tekan dgn belakang sudu. Biar padat supaya cheesecake mango tidak berderai nanti bila dipotong.

Masukkan ke dalam peti sejuk dan sambung ke Bahagian 2.

Bahagian 2 : Puri Mangga

  • 1 biji mangga dipotong dadu
  • 1 sudu makan gelatin dilarutkn dalam 50 ml air panas
  • 1 sudu makan gula

#1: Kisar semua bahan ke dalam pengisar hingga betul-betul halus. Kalau terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Dah siap ketepikan . Jangan masukkan ke dalam peti. Nanti beku.

Bahagian 3 : Cheesecake

  • 1 kotak/200 ml whipping cream
  • 250 gram cream cheese jenama TATURA
  • 80 gram gula kastor
  • 5 sudu makan sunqick mangga
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu makan gelatin dilarutkn dlm 60 ml air panas
  • Puri Mangga yang dibuat tadi
  • 1 biji mangga dipotong dadu untuk bahagian topping

Cara Buat Resipi Cheesecake Mango Mudah :

#1: Masukkn whipping cream kt tempat freezer (sejuk beku) untuk 10 minit. Ini supaya whip cream mudah bertanduk bila dipukul nanti.

Dh lepas 10 minit, keluarkan whipping cream dari freezer dan pukul hingga bertanduk dalam anggaran masa 5 minit.

Dh siap, alih ke bekas lain sebab mangkuk nak gunakan untuk pukul cheese pula. Simpan whip cream ke tempat chiller sahaja.

Kami nak berikan resipi cheesecake mango yang sangat sedap.Lengkap resepi dan teknim supaya akan akan dapat cheesecake yang sangat sedap dan berbaloi

#2: Kemudian masukkn cream cheese,gula,5 sudu makan sunquick mangga, 1 sudu teh esen vanilla, 1 sudu makan susu pekat manis kedalam bekas dan kacau sebati dengan mixer tangan.

Dah sebati adunan tadi masukkan puree mangga, gelatin dn pukul seketika smpai sebati.

Masukkan whip cream dan kaup balik ke dalam adunan cheese hingga sebati. Masa ni kita blh nmpak cheese jadi gebus sebab  whip cream.

Kluarkan BASE dr peti sejuk. Aturkan kiub mangga yang dipotong tadi ke atas base dan tuang adunan cheese ni smpai habis.

Sejukkan dalam freezer sehingga cheesecake kita beku sikit.Dalam anggaran 15 minit.Sambil tunggu beku, kita buat gelatin

Larutkan gelatin dlm 60 ml air yg panas mendidih. Kacau supaya gel kembang. Jangan risau jika gel menjadi berbiji dan tak sebati. Biarkn gel terendam dalam air panas dan ulang kacau supaya gel sebati dengan air.

#3: Dah beku cheesecake manggo barulah ke langkah terakhir iaitu meletakkan toping Puri Mangga bersama campuran gelatin.

Tuang ke atas potongan mangga dan bolehlah simpan di tempat chiller semalaman. Barulah cheesecake menjadi cantik elok dan boleh dipotong. Selamat mencuba.

Kami nak berikan resipi cheesecake mango yang sangat sedap.Lengkap resepi dan teknim supaya akan akan dapat cheesecake yang sangat sedap dan berbaloi

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom