Resipi Congo Bars Best Sangat Mudah Untuk Dihasilkan

6021
Resipi congo bars sangat mudah untuk disediakan malah jika anda mencubanya buat kali pertama, pasti jadi. Mudah dan sedap tau congo bars

Resipi congo bars sangat mudah untuk disediakan malah jika anda mencubanya buat kali pertama, pasti jadi.Nak buat congo bars ni anda boleh guna mixer tangan kalau rajin tapi kalau malas nak basuh alatan, boleh je whisk guna tangan.

Tekstur congo bars ialah permukaan luar yang rangup tetapi lembut pada bahagian isi dalam.Untuk lagi sedap,gunakan pure butter dalam adunan.Kalau anda nak jual,memang guna marjerin jelah kan.Sebab untuk jimatkan kos dan congo bar boleh dijual pada harga yang berpatutan.

Untuk permukaan congo bar, anda boleh letak almon flakes, coklat chip,badam,kismis atau buah-buahan kering yang anda mahu.Memang sedap sebab rasa nya penuh dengan coklat .Sesuai untuk minum petang atau dijadikan menu untuk sebarang majlis.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sambal Goreng Buka Selera Orang Sakit. Best Sangat

Untuk hilangkan hanyir telur , buang mata telur yang berbentuk seperti gumpalan kecil darah dan juga guna esen vanilla.

Terima kasih kepada Puan Cik Dayang Suhaila atas sumbangan resipi congo bars yang amat menyelerakan ini. Boleh kami semua mencubanya.

Resipi congo bars sangat mudah untuk disediakan malah jika anda mencubanya buat kali pertama, pasti jadi. Mudah dan sedap tau congo bars

Bahan Resipi Congo Bars :

BAHAN A :
  • 80 gram butter
  • 180 gram gula perang
  • 1/4 sudu teh garam halus
BAHAN B :
  • 2 biji telur (gred A)
BAHAN C (diayak) :
  • 175 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh vanilla powder
BAHAN D :
  • 50 gram coklat callebaut
  • 50 gram coklat cip
  • Kacang walnut
  • Sea salt

Resipi congo bars sangat mudah untuk disediakan malah jika anda mencubanya buat kali pertama, pasti jadi. Mudah dan sedap tau congo bars

Cara Buat Resepi Congo Bars :

#1: Satukan BAHAN A dan kacau sehingga sebati.Masukkan BAHAN B dan kacau rata. Tak perlu kembang cukup sekadar sebati.Kemudian masak adunan menggunakan kaedah double boil sehingga gula larut. Tutupkan api. Sejukkan pada suhu bilik (rahsiaaaa cikdyg untuk dapatkan permukaan congo bars yg cantik & berkilat)

#2: Seterusnya masukkan BAHAN C dan kacau sehingga sebati.Akhir sekali masukkan BAHAN D dan kacau rata.Taburkan kacang walnut di atas adunan dan hiasan mengikut kreativiti masing2.

#3: Alaskan loyang 7x7inci dengan baking paper dan tuangkan adunan.Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 30minit. Bergantung pada oven masing-masing.Selepas congo bars masak boleh la taburkan sea salt diatas kek.

Resipi congo bars sangat mudah untuk disediakan malah jika anda mencubanya buat kali pertama, pasti jadi. Mudah dan sedap tau congo bars

Bila congo bar dah siap dibakar dan anda mesti suka kerana baunya yang wangi.Sejukkan seketika dan potong seperti bentuk bar serta simpan dalam bekas kedap udara.Memang sedap dan selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom