Resipi Creampuff Aiskrim Gebu Best.Memang Sedap Sangat

27559
Kalau anda nak makan crempuff yang intinya sangat sedap, boleh cuba resipi creampuff aiskrim ini. Memang berbaloi untuk dicuba. Sedap sangat rasa intinya

Kalau anda peminat creampuff, hari ini hari bertuah anda. Kami akan berikan resipi creampuff aiskrim gebu yang memang lengkap resepi beserta tips. Nanti bolehla anda cuba sendiri di rumah dan mana tahu, resipi ini boleh dijadikan jualan sampingan untuk tambah pendapatan.

Resipi creampuff aiskrim ini dapat namanya sebab intinya sangat halus dan rasa seperti aiskrim. Sebab itulah dapat nama ini. Terima kasih kepada Puan Afina Esa yang sudi berkongsi resepi creampuff kepada kita semua.

Tips untuk pastikan kulif creampuff dibakar sekata dan tidak kempis bila sejuk ialah perhatikan buih pada adunan kulit. Pastikan buih hilang dan itulah tanda kulit creampuff anda telah masak. Boleh la anda tahu masa pembakaran mengikut oven anda kan.

BACA DI LINK BARU : Resipi Ikan Cencaru Sumbat Power Best. Memang Terangkat Makannya

Bahan Resipi Creampuff Gebu :

Bahan Kulit Creampuff : 

  • 300 gram air
  • 100 gram majerin
  • 150 gram tepung gandum
  • 5 biji telur Gred C

Cara Buat Kulit Creampuff :

#1:Didihkan air dan majerin sehingga meniddih.Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga tepung gandum bertukar pada kanji atau jernih dan tidak melekat pada kuali. Anda kacau hingga adunan berbentuk seperti bola,dah siap la tu.

Tutup api dan biarkan sejuk sekitar 30 minit. Barulah masukkan ke dalam mixer dan tambahkan telur. Kacau hingga adunan berkilat dan tidak terlalu cair dan tak pekat. Sedang-sedang orang cakap.

#2: Masukkan adunan creampuff ke dalam plastik piping dan paipkan ke atas dulang yang telah digris dengan marjerin. Pastikan juga oven telah dipanaskan sekitar 10 minit pada suhu 240’C.

Piping membulat ke atas dulang dan barulah dibakar pada suhu 200-230’C mengikut oven anda selama 25 minit atau sehingga buih pada adunan creampuff telah hilang sepenuhnya.

Dah masak keluarkan dan sejukkan. Inti creampuff dibuat sehari awal ya.

Kalau anda nak makan crempuff yang intinya sangat sedap, boleh cuba resipi creampuff aiskrim ini. Memang berbaloi untuk dicuba. Sedap sangat rasa intinya

Bahan Inti Aiskrim Crempuff : 

  • 400 gram susu full krim
  • 100 gram gula
  • 50 gram tepung kastard
  • 2 biji telur ayam gred C
  • 300 gram non dairy whipping krim – putar hingga sederhana kental/medium peak

Cara Buat Inti Aiskrim Resipi Creampuff Best :

#1: Didihkan susu di atas api sederhana kuat.Sambil itu dalam bekas lain, satukan tepung kastard dan gula serta telur. Kacau rata.

Ambil 5 senduk susu yang sedang di didihkan atas api, masukkan ke dalam bekas.Gaul lagi bagi rata. Setelah susu mendidih kecil dan keluarkan wap, masukkan adunan telur,tepung dan susu tadi. Sentiasa kacau hingga jadi kental dan berkilat.

Ini rahsia untuk jadikan inti anda sedap dan tidak hangus serta tidak berketul. Sentiasa kacau ya. Dah nampak berkilat jernih cantik, tutup api.

#2: Terus ambil plastik wrap dan letakkan atas permukaan periuk tepung kastad. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian masuk di bahagian peti sejuk biasa. Bukan tempat freezer. Sejukkan semalaman.

Pagi esoknya dah boleh keluarkan dari peti. Pukul guna mixer utk haluskan inti kastard aiskrim.Ketepikam.

Pukul pula non dairy whipping krim dalam bekas lain sehingga sederhana kental. Nak guna baru pukul whipping krim ini ya.Kemudian campurkan keduanya dan teruskan mixer hingga adunan menjadi kental atau stiff peak.Barulah masukkan ke dalam piping bag dan simpan lagi 2-3 jam dalam peti.

Barulah siap untuk digunakan. Belah creampuff dan piping masuk inti aiskrim kastard ini. Barulah taburkan dusting sugar.

Kalau anda nak makan crempuff yang intinya sangat sedap, boleh cuba resipi creampuff aiskrim ini. Memang berbaloi untuk dicuba. Sedap sangat rasa intinya

Dah siap dah resipi creampuff gebu yang sangat sedap intinya macam aiskrim ini. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom