Resipi Cucur Udang Garing Best Siap Dengan Sos. Sangat Menarik

20529
Memang best kan resipi cucur udang garing bila dicicah sos cili atau kuah kacang. Tambah-tambah makan pada waktu petang dengan air teh o panas.

Memang best kan resipi cucur udang garing bila dicicah sos cili atau kuah kacang. Tambah-tambah makan pada waktu petang dengan air teh o panas. Dengan isi cucur dalam yang lembut, manis rasa udang tapi rangup di luar. Best. Untuk mendapatkan cucur udang yang rangup , anda harus cuba resipi ini.

Sedikit tips, untuk pastikan adunan cucur udang tidak melekat pada senduk, pastikan anda panaskan dengan cara celup senduk di dalam minyak terlebih dahulu sekejap sebelum diletakkan adunan. Ini untuk elakkan adunan melekat.

Untuk elakkan udang tenggelam di dalam cucur, ianya diletakkan last sekali sebelum goreng cucur. Jelas kan penerangan yang kami beri.

Memang best kan resipi cucur udang garing bila dicicah sos cili atau kuah kacang. Tambah-tambah makan pada waktu petang dengan air teh o panas.
Terima kasih atas resipi cucur udang rangup oleh Puan Kay Hamidah Jamil ini. Memang best resipi yang diberikan.

Bahan Resipi Cucur Udang Garing :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan marjerin
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk perasa
  • air sejuk secukupnya
  • 1 cawan taugeh
  • 1 lada besar dipotong dadu
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • Daun kucai secukupnya
  • Udang beberapa ekor ikut pilihan
Memang best kan resipi cucur udang garing bila dicicah sos cili atau kuah kacang. Tambah-tambah makan pada waktu petang dengan air teh o panas.

Cara Penyediaan Resipi Cucur Udang Rangup

#1:Masukkan marjerin dan telur. Kacau sebati. Barulah masukkan tepung beras, tepung gandum, soda bikarbonat dan semua bahan kecuali udang. Kacau rata.

#2: Biarkan adunan tertutup selama 30 minit untuk memastikan anda dapat cucur udang yang rangup bila digoreng nanti.

#3:Adunan cucur udang boleh digoreng selepas 30 minit menggunakan minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana .

Caranya ialah rendam senduk ke dalam minyak lebih kurang 10-15 saat, lepas tu masukkan adunan dan letak udang. Barulah rendam semula adunan ke dalam minyak dan masak sehingga garing.

Dah siap semua, boleh buat sos cili.

Memang best kan resipi cucur udang garing bila dicicah sos cili atau kuah kacang. Tambah-tambah makan pada waktu petang dengan air teh o panas.

Bahan-bahan untuk sos cili :

  • 5-6 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*(*dikisar dengan 1/2 cawan air)
  • 1/4 cawan cuka makan cap Jalen
  • 1/3 cawan gula atau secukup rasa
  • 1/4 sudu teh teh garam

Cara untuk membuatnya :

#1: Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih dan air ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat.

#2: Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidang bersama cucur udang tadi.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom