Kami nak berikan resipi daging masak hitam yang sesuai untuk dimakan dengan nasi kandar. Ada ayam goreng, sayur kubis dan daging ni, memang gandingan yang sepadan. Sedap tak perlu keluar beli di kedai dah.
Selain daripada nasi kandar, ,menu daging masak hitam ini sesuai juga untuk dimakan bersama nasi minyak. Rasa daging yang dimasak lebih sedap jika dimakan keesokkan. Contohnya, malam ini anda buat dan makan esok pagi. Jangan risau basi sebab kita akan tumiskan hingga betul pecah minyak dan menggunakan air yang seminima mungkin.
Daging yang digunakan tidak perlu direbus terlebih dahulu.Ianya akan lembut sebab dimasak dengan api kecil hingga daging mulai lembut sendiri dan bercampur elok dengan rempah-rempah yang telah ditumis.
BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Daging Sedap Tapi Mudah Pasti Memikat Selera
Terima kasih kepada Puan Adnilsam Apat kerana sudi berkongsi resipi daging masak hitam kepada kami semua. Boleh kami mencubanya dan tambah menu dalam koleksi resipi masakan daging.
Bahan Resipi Daging Masak Hitam Sedap :
- 1 kilogram daging lembu
- 20 ulas bawang kecil dihiris ( saiz 20 sen lama )
- 4-5 tangkai daun kari
Bhn Kisar Yang Perlu Direndam Terlebih Dahulu Hingga Kembang :
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 batang kulit kayu manis
- 4 kuntum bunga lawang
- 7 buah pelaga
- 10 kuntum bunga cengkih
- 15 tangkai cili kering-direbus
- 2 labu bawang besar saiz 1/2 bola tenis setiap satu
- 1/2 labu bawang putih
- 2 inci halia
Kesemua bahan ini direndam dalam satu bekas sahaja. Gunakan air yang sama ketika mengisar dalam anggaran 1/2 cawan.
Bahan Lain :
- 1 cawan sos tomato
- 1 cawan kicap pekat
- 2 sudu makan kerisik
- Gula melaka/gula/garam/serbuk perasa secukupnya
- 1/2 cawan minyak
Cara Buat Resipi Daging Masak Hitam Nasi Kandar :
#1: Basuh bersih semua bahan dan rendam sampai kembang dan dikisar untuk bahan kisar.Kisar lumat bahan yang diperlukan.Panaskan minyak untuk menumis.
Tumis 2 bahan pertama iaitu bawang hiris dan daun kari hingga garing. Untuk elakkan hangit,pastikan anda guna api sederhana kecil sahaja. Selepas itu barulah tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
#2: Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang dipotong buku besar ataupun kecil ikut saiz potongan pilihan. Biarkan dalam 20-30 minit pada api sederhana kecil dan dikacau sesekali untuk daging lembut.
Bila daging dah lembut,keringkan air dengan besarkan api dan tambah gula melaka,garam,kicap,sos tomato,kerisik, gula putih sehingga kena dengan selera tekak anda.
Masak hingga hampir kering dan bahan sebati semuanya.Bolehlah tutup api bila semua sebati.Sedap dimakan dengan nasi kandar. Bolehlah anda mencubanya.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom