Resipi donut apple gebu gebas yang senang untuk anda hasilkan di rumah. Sama ada guna mesin dan juga guna tangan.Hasil menggunakan resipi ni, donut menjadi gebu dan tidak serap minyak. Bolehlah anda cuba nanti.
Sebenarnya donut apple ini berperisa pandan. Tapi disebabkan cantik hijau melecun, kita namakan sebagai donut apple.hee.Teksturnya gebu macam kapas. Walaupun seharian diluar, masih lembut sampai ke malam tau.
Kalau anda ada bread maker, sangatlah senang. Campak semua bahan ke dalam bread maker dan tunggu siap je. Terima kasih kepada Puan Fienaz Shafie di atas sumbangan resipi donut apple ini.
BACA DI LINK BARU : Resepi Keropok Lekor Best Penuh Rasa Ikan.Buat Sendiri Lagi Sedap
Sedikit tips sebelum anda buat mengenai yis mauripan.Untuk pastikan yis kering yang digunakan elok atau tidak,letak air suam ( air suam ya bukan air panas ),masukkan yis dalam kuantiti seperti di resepi,tunggu 8-10 minit dan tengok sama ada berbuih atau tidak.Jika berbuih,itu tanda yis hidup dan boleh guna.
Jika tak, tukar lain la yis kering anda tu ea.
Bahan Resipi Donut Apple Gebu Gebas :
Bahan uli:
- 2 1/2 cwn Tepung Gandum
- 1 1/2 cwn Tepung high protein jepun (tepung roti)
- 2 biji telur gred A
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam’
- 3 sudu makan gula kastor
- 10ml cawan full cream milk (uht milk)
- 2 sudu makan + 1 sudu teh Majerin
- 2 sudu makan + 1 sudu teh K-fine cream super (wajib utk gebukan doh)
- Perisa Pandan (optional nak letak @ tak atau nak letak perisa apple pun boleh)
- Pewarna hijau Tua – (guna pewarna gel base food colouring)
Cara Buat Resipi Donut Apple Mudah Best :
#1: Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.
Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 38g.
Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat mudah nak goreng)
#2: Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut ( guna besi yang deko icing cake je atau apa-apa janji ada lubang kat donut)
Tutup sekejap donut dgn kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.
Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icing (beli je kat bakery shop).
NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu.pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik. Kegunaan full cream milk (susu kotak ) untuk dapatkan tekstur ala roti gebu. Lagi satu bau susu pun tak kuat sangat. Yis pula pastikan kembang kalau tak kembang donut anda tak kan naik.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom