Kalau beli ikan cencaru di pasar, mesti resipi ikan cencaru sumbat menjadi pilihan untuk digandingkan dengan ikan ini. Pilih pula ikan yang bersaiz besar, memang sedap sungguh. Kalau di Pantai Timur terutama di Kelantan, ikan ini dikenali dengan nama ” ikan krongan “. Hee. Manakala budak asrama memanggilnya pula dengan nama ikan jaket.
Untuk resipi ikan cencaru sumbat ini, anda boleh masak dengan dua cara. Sama ada untuk bakar atau goreng.Boleh pilih yang mana cara kesukaan anda.Untuk kali ini, ikan cencaru akan disumbat dan digoreng.
Untuk elakkan kulit ikan cencaru yang tebal, anda boleh pilih untuk membuangnya di kedua-dua sisi.
BACA DI LINK BARU : Resepi Kuih Tako Cara Paling Senang Tapi Best. Rugi Tak Cuba
Salah satu tips memasak ikan cencaru ini ialah untuk mengelakkan ianya hangit, goreng dalam minyak yang banyak dan gunakan api kecil sahaja.
Terima kasih kepada Puan Aishah Toke Kek di atas sumbangan resipi ikan cencaru sumbat pedas best ini. Boleh la kami semua mencubanya untuk pelbagaikan menu masakan ikan cencaru ni ea. Sedapnya. Jom tengok resipi ikan cencaru lengkap ini.
Bahan Resepi Ikan Cencaru Sumbat Pedas :
- 20 biji cili merah + hijau Thai *
- 3 biji bawang besar (1biji di belah empat dan akan dikisar) *,2 biji lagi di hiris membulat untuk letak dalam sambal
- 3 biji tomato saiz sederhana *
- Sedikit air *
- 4 ulas bawang putih *
- Garam,gula secukup rasa
- 1 biji air perahan limau kasturi
- Sedikit belacan *
Cara Buat Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sedap :
#1: Siang dan bersihkan ikan cencaru dan belah pada bahagian belakang. Gaul dengan sedikit garam dan ketepikan. Kita akan mula buat sambal.
Kisar bahan yang bertanda hingga 90% lumat.Tambah air perahan limau kasturi dan perasakan dengan garam serta gula Masukkan bawang besar yang dihiris membulat tadi.
#2: Sumbat bahan kisar ke bahagian belakang ikan cencaru tadi dan tengah. Ratakan dan sambung perap 20 minit. Panaskan kuali dengan minyak yang banyak dan goreng ikan dengan api kecil. Biarkan 5 minit dan barulah terbalikkan untuk elakkan ikan hancur.
Untuk jadikan kuah yang pekat, boleh letak sedikit minyak dan tumis bahan kisar tadi. Biarkan sedikit pekat dan curah atas ikan cencaru goreng.
Dah siap dah ikan cencaru sumbat goreng. Memang sedap. bolehla anda cuba nanti kan.
Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom