Resipi Ikan Siakap Stim Tiada Bau Hanyir Langsung. Best Sangat

16112
Sedap sungguh resipi ikan siakap stim limau bila dimasak cara seperti ini. Isi ikan tetap pejal dan juga rasa hanyir ikan tiada langsung. kena cuba tau.

Sedap sungguh resipi ikan siakap stim limau bila dimasak cara seperti ini. Isi ikan tetap pejal dan juga rasa hanyir ikan tiada langsung. Kalau anda baca resipi ni,kena cuba tau.

Rasa masam,pedas serta aroma halia,ketumbar,serai bersatu elok.Isi ikan pejal dan tak lembik serta bahan segar yang bangkitkan aroma rasa. Jom tengok tips penting untuk dapatkan isi ikan siakap yang pejal dan tiada bau hanyir :

1- Buang segala darah beku dibahagian tengah tulang. Tak perlu basuh dengan tepung gandum atau asam. Cukup dengan keluarkan darah ini semua, Di bahagian insang kepala pun sama.

2- Semasa mengukus, jangan lapik ikan. Terus letak ikan siakap di atas pengukus dan kukus. Ini akan jadikan air ikan turun ke bahagian bawah dan tidak melekat pada badan ikan.

Sedap sungguh resipi ikan siakap stim limau bila dimasak cara seperti ini. Isi ikan tetap pejal dan juga rasa hanyir ikan tiada langsung. kena cuba tau.

BACA DI LINK BARU : Resepi Kacang Goreng Rangup Untuk Kudapan.Best Dan Mudah

Kalau anda tak makan ikan siakap, boleh guna resipi ini untuk ikan tilapia,bawal,kerapu dan sebagainya.Sama je cara penyediaan.

Resipi ikan siakap stim limau ni terbahagi kepada dua bahagian penyediaan. Pertama adalah penyediaan ikan dan kedua ialah kuahnya. Kuah dimasak berasingan untuk dapatkan rasa bahan segar dan aroma yang memikat selera.

Terima kasih kepada Tuan Ben Safwan yang sudi berkongsi. Kami beri resipi ikan siakap ini khas untuk anda.Yelah walaupun sedap,tapi harga menu ikan siakap stim halia atau limau ni kalau tak bermula RM 30 dan ke atas , tak sah kan.Diorang kan nak bayar sewa,gaji serta dapat untung.Jadi untuk kita yang ada anak ramai ni, beli je seekor dua ikan siakap baru sekitar RM 20 dan masak sendiri di rumah.

Bahan Resipi Ikan Siakap Stim :

  • 1 ekor ikan siakap 800-1000 gram.
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh garam
  • Dan 1 sudu teh sos ikan.

Tumbuk bawang,halia dan garam bagi hancur. Campur sos ikan .lumur rata pada ikan dan perap 30 minit minima.Kukus 25-35 minit ikus saiz ikan.

Sedap sungguh resipi ikan siakap stim limau bila dimasak cara seperti ini. Isi ikan tetap pejal dan juga rasa hanyir ikan tiada langsung. kena cuba tau.

Bahan kuah stim limau yang sedap pula :

  • 2 biji asam limau nipis
  • 1/4 cawan cawan
  • 3-5 tangkai cili burung
  • 3 batang serai saiz kecil
  • 1 inci halia muda
  • 4-5 tangkai ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk cukup rasa
  • 1/2 sudu makan sos ikan

Cara Buat Resipi Ikan Siakap Stim Limau : 

#1: Dalam kuali,masukkan air dan perah asam limau tanpa biji. Buka api besar dan masukkan bawang besar,serai,halia ,akar dan batang ketumbar yang dihiris ikut suka dan cili.

Bila dah mendidih,letak serbuk cukup rasa dan sos ikan. Dah siap .Tutup api.Tuang atas ikan dan tabur daun ketumbar.

Dah siap dah. Memang senang dan mudah untuk disediakan kan ? Cubalah.

Sedap sungguh resipi ikan siakap stim limau bila dimasak cara seperti ini. Isi ikan tetap pejal dan juga rasa hanyir ikan tiada langsung. kena cuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom