Resipi Japanese Cheesecake Versi Bajet Tapi Tetap Best

24539
Bestnya buat resipi japanese cheesecake versi bajet ni. Sedap dimakan dna boleh buat untuk jual tambah pendapatan. Tak rugi buat kek cheesecake ini. Sedap

Resipi Japanese Cheesecake bajet ini sesuai untuk anda masukkan dalam menu order kek bajet yang ditawarkan kepada pembeli. Boleh la jual dalam julat harga sekitar RM15-20 bila guna resipi yang diberikan ini.Yerlah kalau asal, kek ini menggunakan cream cheese, kali ini ianya menggunakan cheddar cheese.

Cheddar cheese yang berbentuk pejal dan boleh diparut itu. Jimat la sikit berbanding guna cream cheese.Walaupun pakai bahan berlainan , tapi tekstur kek keju ini tetap cantik menawan dan rasanya pula lembut sedap.

Jadi untuk kita bertukar selera , boleh selang seli antara resepi asal dengan resipi ini. Yang paling penting adalah anda kena ingat cara pembakaran bagi resipi kek keju ini ialah ianya menggunakan teknik waterbath.

Kalau yang belum tahu, teknik ini ialah letakkan loyang berisi adunan kek keju ke dalam loyang yang lagi besar yang menggandungi air panas dan seterusnya dibakar seperti biasa. Itu sahaja .

Bestnya buat resipi japanese cheesecake versi bajet ni. Sedap dimakan dna boleh buat untuk jual tambah pendapatan. Tak rugi buat kek cheesecake ini. Sedap

BACA DI LINK BARU : Resepi Japanese Cheesecake Sedap Yang Super Best

Terima kasih kepada Puan Noraisyah Eisyah kerana sudi berkongsi resipi japanese cheesecake sedap kepada kita semua. Memang murah la sikit kos membuatnya berbanding resipi kek yang asal.

Bahan Resipi Japanese Cheesecake Mudah : 

Bahan A

  • 3 biji telur diambil kuning sahaja
  • 70 gram cheddar cheese diparut
  •  50 gram tepung self-raising/tepung naik sendiri
  • 50 gram butter/marjerin
  • 140 gram susu penuh cream

Bahan B

  • 3 biji putih telur sahaja
  • 50 gram gula
  • 1 sudu teh cream of tartar

p/s : cream of tartar beli sahaja di bakeri. Jangan risau mudah didapati

Bestnya buat resipi japanese cheesecake versi bajet ni. Sedap dimakan dna boleh buat untuk jual tambah pendapatan. Tak rugi buat kek cheesecake ini. Sedap

Cara  Buat Resipi Japanese Cheesecake Best :

#1: Masak cheddar cheese yang sudah diparut dalam periuk bersama susu menggunakan api sederhana.Bila dah cair terus tutup api.Tak perlu tunggu mendidih.Tambah butter/marjerin dalam cheddar cheese yang dah dimasak tadi dan whiskan sebati.

Baru tambah masuk tepung dan kacau sebati.Akhir sekali tambah kuning telur dan whiskan sebati lagi.Ketepikan seketika untuk buat Bahan B pula.

#2: Cara buat Bahan B ialah putarkan kesemua telur putih guna hand mixer dengan kecepatan sederhana.Bila dah nampak buih, tambah masuk cream of tartar dan teruskan putar serta masukkan gula secara berperingkat. 2 kali masuk dan teruskan putar hingga adunan dah mula bertanduk ( soft peak ).

Terus dah siap dan masukkan Bahan B ini ke dalam Bahan A tadi secara berperingkat. Kaup balik setiap kali dimasukkan.

#3: Dah siap, boleh lah letakkana adunan dalam loyang saiz 6 atau 7 yang telah disapu dengan butter di dasar serta dinding loyang.

Jangan lupa hentak loyang cheesecake ini supaya buih udara keluar.Kalau anda nak alas baking paper pun tiada masalah di dasar loyang.

Barulah letak loyang yang mengandungi adunan kek ke dalam loyang besar yang ada lebih kurang 1/3 tinggi saiz loyang dengan air panas.

#4: Bakar kek dengan teknik waterbath ini dalam oven yang telah dipanaskan 10 minit pada suhu 130 /C. Bila dah masukkan loyang, turunkan suhu kepada 120’C dan bakar selama 20 minit.

Naikkan suhu ke 150’C selama 15 minit dan bila dah abes 15 minit, buka sekejap pintu loyang selama 10 saat dan tutup balik.Teruskan pembakaran selama 30-40 minit pada suhu 100’C supaya kek keju ini masak sepenuhnya.

Bestnya buat resipi japanese cheesecake versi bajet ni. Sedap dimakan dna boleh buat untuk jual tambah pendapatan. Tak rugi buat kek cheesecake ini. Sedap

Bila kek dah masak, biarkan kek dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan japanese cheesecake ini.

Dah siap dah resipi japanese cheesecake. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>

Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom