Resipi Kek Batik Best Lembut Dengan Tips Cantikkan Permukaan

12189
Untuk mencari kelainan, resipi kek batik yang sangat lembut ini memang boleh dicuba oleh anda. memang sungguh menyelerakan dengan rasa lembut biskut seperti kek

Untuk mencari kelainan, resipi kek batik yang sangat lembut ini memang boleh dicuba oleh anda. Dengan rasa kek batik seperti kek dan permukaan atas yang cukup licin, kami rasa tak bertahan lama di dalam peti. Habis masuk ke dalam mulut.Hee

Apa yang paling menarik perhatian adalah topping kek batik yang cukup licin dan menyelerakan.Ianya ialah hasil campuran bahan-bahan yang telah disertakan pada bahagian bawah.

Tips untuk memotong kek batik dengan licin dan cantik ialah, pertamanya anda kena sejukkan betul-betul kek batik di dalam peti ais selama 4-5 jam. Tarik keluar plastik alas perlahan-lahan.

BACA DI LINK BARU :Resipi Kek Marble 5 Bahan Best Gebu Untuk Anda Cuba

Rendam pisau tajam di dalam air panas dan gunakan pembaris. Anda boleh dapatkan pembaris pembaris pemotong kuih secara online. Tarik satu hala dan selepas siap satu arah, terus celup semula  ke dalam air panas dan lap pisau dengan tisu dapur supaya tiada coklat yang melekat.

Cara ini akan jadikan potongan kek batik anda cukup kemas dan menarik untuk dipandang.

Terima kasih kepada Tuan Adriana Arissa di atas sumbangan resipi kek batik ini.Memang sungguh menyelerakan.Bolehlah kami buat dan mencari rezeki dengan resipi ini.

Untuk mencari kelainan, resipi kek batik yang sangat lembut ini memang boleh dicuba oleh anda. memang sungguh menyelerakan dengan rasa lembut biskut seperti kek

Bahan Resipi Kek Batik Lembut :

  • 600 gram biskut marie dipatah 4
  • 200 gram pure butter/mentega/marjerin
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan air masak
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Seperti biasa, gunakan cawan penyukat 250 ml untuk anda dapatkan sukatan yang tepat

Bahan Topping Kek Batik :

  • 100 gram milk compound coklat Beryls
  • 100 gram dark compound coklat Beryls
  • 200 ml whipping cream
  • 1 sudu makan pure butter/mentega
  • 1 sudu makan golden syrup -terpulang tapi lebih sedap hasilnya
  • 1 sudu teh hazelnut paste – terpulang tapi rasa seperti coklat cadbury

Untuk mencari kelainan, resipi kek batik yang sangat lembut ini memang boleh dicuba oleh anda. memang sungguh menyelerakan dengan rasa lembut biskut seperti kek

Cara Buat Resipi Kek Batik Sukatan Cawan :

#1: Di dalam kuali yang besar, panaskan butter pada api kecil hingga cair.Bila cair, tambahkan susu pekat dan kacau sebati. Masukkan pula milo dan serbuk koko.Gunakan jenama Van Houten jika anda mahu rasa premium. Kacau laju-laju supaya tidak berketul.

Tambahkan telur,esen vanilla dan kacau sebati lagi sebelum masukkan air. Bila dah rata, baru masukkan biskut yang telah anda patah-patahkan tadi dan kacau sebati agar semua bersalut cantik.

Terus tutup api. Jangn terlalu lama di dalam kuali.Nanti biskut anda lembik.

#2: Alaskan plastik ke dalam loyang bersaiz 10 inci dan mula masukkan adunan kek batik ke dalam loyang.Tekan padat hingga memenuhi ruang loyang. Ketepikan seketika untuk kita masakkan topping.

Cara paling senang untuk sediakan bahan topping ialah masukkan semua bahan ke dalam mangkok kaca dan panaskan dalam microwave sekitar 2 minit.Keluarkan dan kacau rata.

Kalau anda tiada microwave, letak air di dalam kuali dan letak periuk kecil. Masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Kita panggil kaedah ini double bail.

Sejukkan sedikit adunan topping kek batik sebelum dituang ke atas permukaan kek batik.

#3: Simpan kek batik ke dalam chiller selama 4-6 jam sebelum dikeluarkan dan dipotong mengikut tips yang telah kami berikan di atas.

Dah siap dah resipi pencuci mulut superb ini.Selamat mencuba.

Untuk mencari kelainan, resipi kek batik yang sangat lembut ini memang boleh dicuba oleh anda. memang sungguh menyelerakan dengan rasa lembut biskut seperti kek

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom