Resipi Kek Butter Gebu Best Hasil Air Tangan Seorang Ibu

27286
Memang dari gambar pun dah nampak sedap lembut resipi kek butter ni. Boleh la anda cuba sebab bahan kek pun mudah dan anda ikut je tips yang dah kami sediakan.

Kami nak kongsikan kepada anda resipi kek butter gebu yang tekstur keknya sangat lembut, cukup ringan dan bila dimakan, terus cair tak perlu nak kunyah kuat sangat.Kalau anda buat ikut resipi yang diberi, kami yakin anda berpuas hati dan kalau beli pun takkan sama seperti dibuat.

Yerlah, kalau kita order pada orang kek butter, ada yang nak mencari sedikit keuntungan dengan menggunakan buttercup ataupun campuran pure unsalt butter dengan buttercup. Bukan menipu tapi diorang terpaksa guna bahan seperti itu untuk elakkan kos pembuatan sebiji kek butter meningkat naik.

Nak jual mahal nanti orang komplen, jadi terpaksalah buat dengan cara itu. Jadi kalau kita buat sendiri, guna pula sepenuhnya pure unsalt butter, mestilah lagi sedap kan.

Jadi apa tunggu lagi, buat je sendiri resipi kek butter lembut dengan tips dah kami berikan.Insyaallah berbaloi-baloi.

BACA DI LINK BARU : Resepi Daging Masak Kicap 2 Versi Best Basah VS Kering

Tips hasilkan kek butter lembut :

1- Paling utama ialah pemilihan butter.Jangan tertipu dengan buttercup. Ianya ialah jenama dan bukannya butter. Pilih pure unsalt butter seperti jenama Anchor.

2- Untuk elakkan lapisan atas permukaan kek butter hangit, selepas 30 minit kek dibakar, tukar daripada api atas bawah ke api bawah sahaja dan teruskan bakar kek sehingga masak. Tujuan kita tukar api adalah untuk pastikan lapisan atas tidak terlalu garing hingga perang.

Terima kasih kepada Puan Amy Jazsdina di atas sumbangan resipi kek butter lembut lembab ini. Memang sangat sedap. Boleh kami semua mencubanya.

Memang dari gambar pun dah nampak sedap lembut resipi kek butter ni. Boleh la anda cuba sebab bahan kek pun mudah dan anda ikut je tips yang dah kami sediakan.

Bahan Resipi Kek butter Gebu Sukatan Cawan :

Untuk lebih tepat, gunakan cawan sukatan metrik 250ml. Senang.

  • 1 1/2 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh baking powder *
  • 1/2 sudu teh garam *
  • 3 biji telur ayam gred A
  • 3/4 cawan gula biasa
  • 1 cawan pure unsalt butter
  • 2 sudu teh susu pekat manis
  • 2 sudu makan susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2-3 titik pewarna kuning telur

Cara Buat Resipi Kek Butter Gebu :

#1: Mula-mula ayakkan bahan yang bertanda * lebih kurang 2 kali supaya rata. Ketepikan seketika. Masukkan gula dan butter ke dalam mangkuk pengisar dan putarkan sehingga kembang.

Baru tambah masuk telur sebiji demi sebiji sambil diputarkan dan biarkan sebati. Tambah masuk lagi esen vanilla, susu pekat, fresh milk, dan pewarna, putar sebati.

#2: Barulah tambahkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikti sehingga sebati. Sambil tu panaskan oven dengan suhu 200’C .

Oles loyang 9 inci dengan butter dan lapikkan dasar loyang dengan baking paper. Tuangkan adunan kek butter memenuhi loyang dan hentak sekali.

Memang dari gambar pun dah nampak sedap lembut resipi kek butter ni. Boleh la anda cuba sebab bahan kek pun mudah dan anda ikut je tips yang dah kami sediakan.

Bakar kek butter pada suhu 180’C selama 30 minit menggunakan api atas bawah dan sambung 20-25 minit menggunakan api bawah sahaja.

Bila kek butter anda dah masak, keluarkan kek dan sejukkan sebelum dipotong. Dah siap dah. Sangat senang dan memudahkan kerja.

Nanti bolehla buat resipi kek butter lembut ni kan.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom