Resipi Kek Carrot Best Sangat.Rugi Tak Buat Lengkap Semua

40645
Jom kita buat resipi kek carrot sedap.Dengan campuran lobak merah, serbuk kulit kayu manis dan walnut, memang memberi kelainan berbanding kek-kek sedia ada.

Jom kita buat resipi kek carrot sebiji seperti di kedai. Dengan campuran lobak merah, serbuk kulit kayu manis dan walnut, memang memberi kelainan berbanding kek-kek sedia ada.Tak menyesal mencubanya sebab sedap.

Kek carrot ini boleh dimakan dalam dua cara. Kalau anda rajin, bolehlah letak toping cream cheese di atasnya dan hias lukis carrot dengan maasukkan pewarna. Tapi kalau anda sibuk dan rasa nak makan kek, boleh buat kek carrot kosong. Tetap sedap dan lembab.

Kami suka yang kosong lagi. Maklumlah bila umur begini, kurangkan manis dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman. Hee

BACA DI LINK BARU : Resepi Bihun Singapore Dengan Sambal Kicap Best. Ada Tips!

Terima kasih kepada Puan Shiema Yunus di atas perkongsian resipi kek carrot yang sungguh awesome ini. Lengkap sukatan yang diberi untuk memudahkan kami semua mencubanya.

Bahan Resipi Kek Carrot Mudah :

Bahan A :

  • 260 gram tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis

Semua bahan di atas ini dicampurkan dalam satu bekas dan diayak sebati minima 2 kali.

Bahan B :

  • 4 biji telur gred “A”
  • 190 gram minyak jagung
  • 120 gram gula castor
  • 120 gram gula perang
  • 300 gram parutan lobak merah ( parut dulu baru timbang)
  • 70 gram kacang walnut dicincang
  • 1 cawan kismis hitam

Bahan Cream Cheese Untuk Toping :

  • 250 gram pure unsalt butter
  • 250 gram cream cheese
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 200 gram gula aising diayak

Jom kita buat resipi kek carrot sedap.Dengan campuran lobak merah, serbuk kulit kayu manis dan walnut, memang memberi kelainan berbanding kek-kek sedia ada.

Cara Buat Resipi Kek Carrot Bakar Sedap :

#1: Dalam satu bekjas, masukkan telur yang dah dibasuh bersama dengan gula. Pukul dengan mixer tangan atau mesin pada kelajuan maksima dalam anggaran 5 minit supaya kembang dan gebu.

Tambah masuk esen vanilla,minyak jagung dan kacau sebati. Tambah lagi parutan carrot,walnut dan kismis. Kacau dengan spatula sahaja.. Baru tambahkan Bahan A yang telah di ayak tadi.

#2: Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170’C sekitar 10 minit, lengser loyang bulat berukuran 8 inci atau  8″×8″inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan baking paper. Ketepikan.

Masukkan adunan kek carrot ke dalam loyang dan bakar selama 50-60 minit pada suhu 160’C dan menggunakan api atas bawah. Sejukkan kek di atas jaring dulu sebelum sapu cream cheese pilihan. Bila kek tengah disejukkan, boleh sambung buat cream cheese.

Jom kita buat resipi kek carrot sedap.Dengan campuran lobak merah, serbuk kulit kayu manis dan walnut, memang memberi kelainan berbanding kek-kek sedia ada.

#3: Caranya ialah putar cream cheese dan butter hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana…Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka. Lobak tu dibuat dengan campurkan pewarna.

Kalau suka tabur walnut cincang, boleh taburkan. Selamat mencuba.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom

Jom kita buat resipi kek carrot sedap.Dengan campuran lobak merah, serbuk kulit kayu manis dan walnut, memang memberi kelainan berbanding kek-kek sedia ada.