Resipi Kek Coklat Kukus Gebu Best. Memang Sangat Lembab.

29562
Dah la sedap resipi kek coklat kukus ni, tak tahan bila dah sejuk pun masih lembab. Memang sesuai sangat kalau anda nak rasa kek coklat yang sedap.Best kan

Hari ini kami siarkan pula resipi kek coklat gebu lembab yang best. Tengok gambar pun dah tahu memang sedap kan. Resipi ini asalnya dari seorang guru yang tak pernah jemu berkongsi iaitu Puan Azlina Ina dan dicuba oleh Puan Lieza Idris. Terbaik keduanya.

Lebih melembabkan resipi kek coklat kukus ini adalah cara masak kek. Ianya menggunakan kaedah kukus dan bukannya bakar. Jadi kalau anda suka kek yang lembab, sila kukus keknya nanti.

Untuk sukatan bahan yang digunakan dalam resipi kek coklat ini, anda boleh gunakan loyang bulat bersaiz 8 inci. Memang nampak cantik dan tinggi.

Ini resipi kek coklat sahaja. Sebab ada yang suka makan camtu je. Kalau anda nak tambah topping coklat. ganache coklat atau apa-apa topping ikut selera, silakan. Tiada masalah.

BACA DI LINK BARU : Resepi Cekodok Pisang Best Kulit Rangup Lembut Di Dalam

Nak buat meniaga hasil air tangan Puan Azlina Ina pun boleh.Dia dah izinkan. Jadi pada suri rumah yang mahu mencari pendapatan tambahan, boleh la cuba masukkan kek coklat ini dalam senarai menu jualan.

Ada yang jual RM1 kek coklat ini. Caranya dimasukkan dalam bekas dadih dan dikukus bersama bekas itu. Kemudian kek coklat ini diletakkan di warung, restoran malah di koperasi atau kantin sekolah. Memang hebat para ibu yang berusaha lebih ini untuk rezeki keluarga.

Dah la sedap resipi kek coklat kukus ni, tak tahan bila dah sejuk pun masih lembab. Memang sesuai sangat kalau anda nak rasa kek coklat yang sedap.Best kan

Jom kita tengok sukatan bahan resepi kek nya.

Bahan Resipi Kek Coklat Kukus Gebu :

  • 6 biji telur ayam gred B
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu makan ovelete
  • 1 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas ini dimasukkan dalam mixer dan pukul hingga adunan menjadi gebu dan warnanya bertukar menjadi sedikit putih pucat.

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan minyak jagung/masak

Bila dah gebu, tambah masuk dua bahan ini dan pukul semula dengan speed perlahan sehingga semua sebati. Ketepikan seketika dan kita akan ayak bahan kering.

Bahan Ayak :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 cawan susu tepung

Kalau anda nak gunakan tepung naik sendiri ( self raising flour ) pun boleh. Tak perlu dah masukkan soda bikarbonat dan baking powder.

Semua bahan ayak ini disatukan dalam bekas dan diayak supaya rata. Seeloknya ayak 2-3 kali supaya rata menyeluruh.Barulah masukkan bahan ayak ke dalam mangkuk adunan tadi secara demi sedikit dan kaup balik sebati. Guna tangan je.

Bila dah sebati semua, tambah masuk :

  • 1/2 cawan air panas

Kacau lagi dengan tangan supaya sebati. Sambil buat proses ni, jangan lupa panaskan air dalam pengukus dan didihkan.

Cara Buat Resipi Kek Coklat Kukus Sedap :

#1: Bahan adunan yang telah sebati dimasukkan dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu minyak pada dinding loyang dan bahagian bawah pula dialas dengan baking paper. Kalau anda nak buat kecil/ gunakan bekas tahan panas yang boleh dikukus.

Dah masukkan dalam loyang, kukus dengan api besar selama 40-45 minit.Jangan lupa tutup penutup pengukus dengan tuala untuk elakkan wap air menitik masuk ke atas permukaan kek.

Dah la sedap resipi kek coklat kukus ni, tak tahan bila dah sejuk pun masih lembab. Memang sesuai sangat kalau anda nak rasa kek coklat yang sedap.Best kan

Dah siap kukus, keluarkan dari pengukus, biarkan sejuk sikit, barulah sisip tepi loyang dan terbalikkan kek di atas redai sehingga betul-betul sejuk.

Dan anda akan dapat sebiji kek coklat yang sangat lembab dan sedap. Selamat mencuba tau.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom