Resipi Kek Marble 5 Bahan Best Gebu Untuk Anda Cuba

58067
Resipi kek marble kali ini sangat mudah.Guna 5 bahan sahaja.Sesuai lah untuk dibuat dalam waktu yang singkat.Tak perlu nak beli banyak bahan kan. Bestnya.

Resipi kek marble kali ini sangat mudah.Guna 5 bahan sahaja.Sesuai lah untuk dibuat dalam waktu yang singkat.Tak perlu nak beli banyak bahan kan. Bestnya.

Sedap ke kek marble bila guna 5 bahan sahaja ?

Jangan pandang rendah, bukan calang-calang 5 jenis bahan itu.

Faktor utama yang menjadikan kek marble ini gebu adalah penggunaan tepung naik sendiri dan juga telur.Tepung naik sendiri atau dikenali dengan self raising flour berbeza dengan tepung gandum kerana telah dicampur dengan sukatan agen penaik sendiri ke dalam kek tu.

BACA DI LINK BARU : Resepi Sup Ayam Best 2 Versi. Sup Mamak Vs Sup Ayam Kampung

Untuk lagi menambah kesedapan kek butter, anda boleh gunakan pure unsalt butter. Tapi jangan tersalah dengan buttercup ya. Ianya bukan butter tapi jenama. Pilih butter dari jenama Anchor dan sebagainya. Tapi kalau anda nak jual., boleh beritahu customer sama ada mahu dari butter atau marjerin biasa. Harga pun mestilah berbeza.

Asalnya dari resipi Cikgu Azlina Ina tetapi dicuba oleh Puan Nur Ezaty.Terima kasih buat kedua-dua insan hebat ini kerana sudi berkongsi resipi kek marble yang mudah dan sedap untuk dijamu pada ahli keluarga.

Resipi kek marble kali ini sangat mudah.Guna 5 bahan sahaja.Sesuai lah untuk dibuat dalam waktu yang singkat.Tak perlu nak beli banyak bahan kan. Bestnya.

Bahan Resipi Kek Marble Mudah :

  • 1 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan pure unsalt butter atau marjerin
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung naik sendiri/self raising flour
  • 2 sudu makan serbuk koko

Gunakan cawan penyukat metrik standard 250 ml untuk lebih tepat. Kalau tiada self raising flour, anda masukkan 1 sudu teh baking powder ke dalam 2 cawan tepung gandum dan ayak 2-3 kali supaya sebati.

Pemilihan serbuk koko yang premium seperti dari jenama Van Houten akan buatkan kek marble bertambah sedap.

Cara Buat Resipi Kek Marble Sukatan Cawan :

#1: Dalam bekas, masukkan susu pekat dan butter serta kacau dengan senduk tangan hingga adunan sebati.Tambahkan telur 4 biji dan pukul manja hingga mulai kembang.

Barulah masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan kacau rata. Bahagi adunan kepada dua bahagian. 1 adunan kek marble kosong dan 1 lagi ditambah dengan serbuk koko. Kacau rata.

Resipi kek marble kali ini sangat mudah.Guna 5 bahan sahaja.Sesuai lah untuk dibuat dalam waktu yang singkat.Tak perlu nak beli banyak bahan kan. Bestnya.

#2: Gris dasar/dinding loyang saiz 9-10 inci dengan marjerin dan ceduk masuk adunan secara berselang seli. Untuk dapatkan corak marble cantik,guna dua senduk saiz sama.

Sementara itu boleh panaskan oven pada suhu 180’C selama 10 minit.

Anda boleh corakkan permukaan kek dengan corak pilihan sendiri. Bakar kek marble pada suhu 170’C selama 45 minit menggunakan api atas bawah bergantung pada suhu masing-masing.

Selamat mencuba resepi yang pasti jadi ini Insyaallah.

Resipi kek marble kali ini sangat mudah.Guna 5 bahan sahaja.Sesuai lah untuk dibuat dalam waktu yang singkat.Tak perlu nak beli banyak bahan kan. Bestnya.

Nak menang hadiah istimewa selain resepi dan tips mudah ? </>
Sertai Channel Telegram kami : https://t.me/daridapurdotcom